Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami)

Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami) ini haruslah didoakan bersama isteri ketika selepas solat fardu selama 40 hari. Isteri mestilah mengaminkan doa ini. Insya Allah pasti bertemu jodoh. Yang penting, jangan sampai isteri tahu bahasa arab, sebab ini adalah rahsia doa dalam bahasa Arab. Kepada isteri-isteri atau gadis yang bakal mendirikan rumah tangga, kenalah belajar bahasa Arab, manalah tahu suami baca doa ini setiap selepas solat fardu. Doanya ialah:

اَلَّلهُمَّ ارْزُقْنِيْ زَوْجَةً ثَانِيَةً, جَمِيْلَةً وَصَالِحَةً إِنَّ اللهَ سَمِيْعُ الدُّعَاء

Oh Tuhan, berikanlah aku isteri kedua yang cantik dan solehah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa!

Selamat mencuba.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami)

  1. Siti fairuz Alimajusi berkata:

    terima kasih tuan sifuli sebenarnya saya ada kenali seorang gadis ditempat kerja saya di mana dianya pada pandangan mata saya amat comel leee juga ,bila saya melihatnya boleh menyenankan hati. Dia berumur  nak masuk 26 tahun bulan julai ni. Saya amat menyanyanginya dan berhasrat ingin mengambil dia sebagai isteri kedua saya

    Dia itu setiausaha saya selama 2 tahun lebih. Tetapi kini saya telah bertukar tempat kerja di Putrajaya lebih kurang 3 bulan lepas.

    Tetapi dia tidak mengtahuinya saya ada menyindirnya mengajak berkahwin dengan saya dua tiga kali, dia senyum pada awalnya .Kini saya sudah serius sudah menyatakan kepadanya dengan jelas. dan kini telah menolaknya kerana dia tahu saya ada isteri dan kedua kini katanya ada tunang nak khawin tak lama lagi . Saya matian ingin mengambil dia sebagai isteri saya. Dia suh saya cari betina lain, saya tak nak kerana sukakanya.

    Sebelum ini saya sentiasa ber sms dan bertanya khabar serta talipon dijawapnya. Kini dia tak menjawab langsung.Tetapi dia hormat saya sebagai bos, Ada juga lee pergi ke pejabat lama berjumpa tetapi kini jarang le sebab tak de hal.

    Saya ada mengambil gambar bersamanya dan pernah meminta izin untuk mengambil gambarnya dia beri.

    Saya amat kecewa dan kini hidup tak gembira,jiwa rasa kosong sedih dan amat takut sekiranya benar dia khawin. Kini dia ada kekasih baru kononya bakal tunang, balik bersama satu kereta kepunyaan jantan tu le sifuli .Bila saya call dia angkat kebetulan dia beritahu aduh sakitnya hati  ini.

    Soalan saya boleh tak saudara bantu saya (tolong) ushakan kembalikan budak perempuan ni kepada saya.Bila  Sidia ni kembali kepada saya. Saya amat menyintai dia .Saya akan segera menikah segera. saya telah melakukan berbagai cara untuk menarik hatinya,kini saya usahakan solat hajat untuk mendapat makbul daripada alllah. Ada tak cara lain doa tuju dan jampi gambar ke atau sebagainya semoga mereka ini putus tunang danb keabali kepda aya.Saya tahu dosa,tetapi saya tetap mahukan dia jadi isteri saya.Boleh sifuli bantu saya. soal nama saya dan latar belakang peribadi dia dan saya akan diberitahu kemudian jika sanggup tolong saya. terima kasih sifuli.

    masalah besar saya ada seorang gadis tempat saya bekerja

    • Sifuli berkata:

      Asalamualaikum,

      Tuan Siti fairuz Alimajusi,

      Terharu saya membaca komentar tuan yang terlalu panjang lebar bukaannya di atas dan terimgat saya pantun lama seperti berikut;

      Pulau Pinang laut keliling
      anak hindu menjual tuak
      sireh pinang boleh dikirim
      hati yang rindu siapa nak bawak ?

      Sesungguhnya tuan, jika sekadar untuk berkaseh sayang memadailah dengan membaca ayat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ kerana tidak ada ayat untuk berkaseh sayang yang lebih hebat dari itu jika kita mengetahui rahsia kaseh untuk berkaseh.

      Tapi jika tuan rasa belum cukup hebat lagi ikutilah saranan (sugesti) saya seperti berikut;

      Ketika hendak tidur di malam hari (kerana tuan mungkin tidak faham mengenai hipnotis), bayangkan wajah sidia dan kemudian baca surah al-fatihah berikut :

      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

      الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

      الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

      مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

      إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

      Ketika di ayat surah al-fatihah ayat ke 5 berhenti dahulu
      dan sebutkan langsung nama orang yang dituju dengan lengkap bin (nama orant tua dia) jika kamu tidak mengetahuinya boleh diganti dengan bin muhammad. Lalu lanjutkan membaca suratnya

      اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

      صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

      Lakukan membaca surat al fatihah seperti tersebut sebanyak 7x. Semoga orang yang tuan rindukan juga akan merindukan tuan. Cukup 7 hari sms kan kepada sidia pantun seperti berikut;

      Ribu ribu pohon mengkudu
      cicin permata jatuh ke ruang
      jika rindu sebut nama ku
      air mata usah dibuang.

      tunggu apa jawab smsnya,

      Jika berjaya mengkerasnya, jemputlah saya makan nasi minyak.

      Wasalam.

      • Amir berkata:

        Betul ke tuan. Saya betul2 rindukan seseorang ni. Nak jadikan isteri.

      • amin berkata:

        Assalamualaikum.
        Saya ingin bertanyakan beberapa perkara.
        1. Bagaimana jika kita tidak tahu nama sebenar orang yg kita suka, tak pernah bersua muka atau berjumpa? Hanya ada gambar sahaja.
        2. Saya sangat menyukainya dan berniat mengahwininya agar saya dapat dikurniakan Allah zuriat yg ramai. Bolehkah saya berniat begitu?

        3. Sepanjang berkawan, saya hanya tahu nama panggilan sahaja. Boleh kah saya hanya menyebut nama panggilannya sahaja?

        Terima kasih.
        Amin

      • Sifuli berkata:

        Waalaikumusalam

        boleh Amin.

  2. Esmael Ismail berkata:

    Saya juga amat mengharapkan doa seperti ini…. Saya ada sama tapi serupa.

  3. Esmael Ismail berkata:

    Nama Siti Fairuz… nama macam nama perempuan. Saya dia menyamar jadi lelaki. Itu dia menyindir nak minta pinang kot. Apa pun kalau orang dah suka jangan pula mula menolak cinta orang walau pun bakal bermadu. Apa salahnya juga kan….

  4. mankrida berkata:

    Reblogged this on krida Club House and commented:
    Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami)

  5. hudawi berkata:

    terimakasih banyak atas doanya, saya minta ijin untuk mengamalkan, semoga Allah meberkati kita semua, aamiin

  6. Jamal Hassan berkata:

    janganlah begini, dia dah bertunang, insha Allah sepatutnya kita doakan mereka bahagia. semoga lelaki itu menjadi suami yang soleh untuk beliau. mengharapkan kasih mereka terputus adalah amat2 menjadi penunjuk tentang hati kita yang tidak bersih, dan mementingkan diri sendiri, egois, dan segala sifat2 mazmumah lain

  7. Dindindin Batu berkata:

    Menipu isteri dosakah

  8. Dindindin Batu berkata:

    Menipu isteri tak apa ke

  9. Dan berkata:

    Perlu baca selama 7 hari ke tuan

  10. Alhamdulillah.. saya dah berjaya.. anda juga mesti cuba kapsul kuda merah power !!!! http://www.kudamerahkapsul.blogspot.com

Tinggalkan komen