Surah al Falaq




Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke 113.

Maksud Ayat

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.

2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.

3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.

4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).

5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq

Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Surah al Falaq

  1. Qasim berkata:

    Assalamualaikum,
    Isis kandungan menarik minat saya dan ingin saya beramal, oleh itu izinkan saya menghafal nya, menyimpan untuk rujukan bile terlupa dan untuk di sebarkan kepada kenalan-kenal. Terimakasih, semoga Allah berkati dan rahmati saudara di atas usaha saudara, amin.

  2. isma ahmad berkata:

    jahatnya yahudi laknatullah ni….

Tinggalkan komen