Doa masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk

Doa merawat lemah tenaga batin

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila ambil perhatian sekiranya anda mengalami :

1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa zakar sekejap tegang sekejap kendur (patah tandan)

Doa ini adalah untuk lelaki yang mudah patah tandan ketika sedang bersetubuh.

Bengkel seni urut tenaga zahir dan batin

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Bengkel seni urut tenaga zahir dan batin Sifuli

Bengkel seni urut tenaga zahir dan batin

Di atas permintaan ramai dan menampung demam penyakit lemah tenaga batin yang di alami pasangan suami isteri yang kian menular pada hari ini, Wannnura Kampus dengan kerjasama Persatuan Seni urut Terapi Sifuli Malaysia akan menganjur Bengkel seni urut tenaga zahir dan batin. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini sila hubungi Tel 012 436 4605 untuk keterangan lanjut.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Petua agar isteri sentiasa cantik dan bergetah

Petua isteri agar cantik dan bergetah

Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Tasbih Siti fatimah Az Zahra ra

TASBIH SITI FATIMAH AZ-ZAHRA R.A.

سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ
SubhanAllah, walHamdulilah, waAllahu Akbar
MAHA SUCI BAGI ALLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR
(Glory be to Allah, All Praise is for Allah, Allah is the Greatest)

Rasulullah SAW. berkata:

“Wahai Fatimah, bertakwalah kepada Allah, tetaplah menyempurnakan kewajibanmu kepada Allah, dan kerjakanlah pekerjaan rumah tanggamu. Kemudian, apabila engkau akan tidur, ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Alllahu Akbar 34 kali, ini lebih baik bagimu daripada seorang pembantu”.

(*notes eva talya ~ supaya genap 33+33+34 = 100)
Setelah mendengar nasehat itu, Siti Fatimah berkata: “Saya ridha dengan keputusan Allah dan Rasul-Nya”.

Rasulullah SAW menasihati Siti Fatimah agar selesai shalat membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali,

ditambah dengan (*notes eva talya ~ supaya genap 33+33+33 + 1 = 100):

Lã ‘ilãha ‘illã ‘Allãhu waHdahu lã shareeka lahu, lahulMulku wa lahul Hamdu wa Huwa `alã kulli shay’in Qadeerun

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu

لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(There is No God But Allah Alone, who has no partner. His is the dominion and His is the raise, and He is Able to do all things)
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Tasbih az-Zahra adalah tasbih yang besar fadhilatnya.
Bacaan selengkapnya riwayat kisah asal-usul
TASBIH AZ ZAHRA DAN KEUTAMAANNYA

Fatimah berkata kepada ayahnya:
“Wahai ayahku, aku tidak tahan lagi mengurusi rumah. Carikanlah pembantu untukku yang dapat meringankan pekerjaan rumahku.”

Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Wahai Fatimah, apakah kamu tidak menginginkan sesuatu yang lebih baik dari pembantu?”

Ali berkata:
“Katakanlah, iya”.

Fatimah berkata:
“Wahai ayahku, apa yang lebih baik dari pembantu? ”

Rasulullah SAW menjawab:
“Engkau bertasbih kepada Allah SWT pada setiap hari sebanyak 33 kali dan engkau bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 34 kali. Semuanya berjumlah 100 dan memiliki kebaikan dalam timbangan. Wahai Fatimah, bila engkau mengamalkannya pada setiap pagi hari maka Allah akan memudahkan urusan
dunia dan akhiratmu.”

Berkenaan dengan firman Allah,
“Dan kaum pria dan kaum wanita yang banyak berzikir kepada Allah”
Imam ash Shadiq berkata:
“Barangsiapa terbiasa membaca tasbih Fatimah as maka ia termasuk kaum pria dan kaum wanita yang banyak berzikir.”

Diriwayatkan dari Imam Baqir as yang berkata:
“Rasulullah saw berkata kepada Fatimah, Wahai Fatimah, bila kamu hendak tidur di waktu malam maka bertasbihlah kepada Allah sebanyak 33 kali dan bertahmidlah sebanyak 33 kali dan bertakbirlah sebanyak 34 kali. Semuanya berjumlah seratus. Dan pahalanya lebih berat dari gunung emas Uhud dalam timbangan akhirat.”

Diriwayatkan dari Abi Abdillah ash Shadiq yang berkata:
“Tasbih Fatimah as setiap hari usai shalat lebih aku sukai daripada shalat seribu rakaat dalam setiap hari.”

Imam Shadiq as berkata:
“Barangsiapa bertasbih dengan tasbih Fatimah as sebelum ia membentangkan kakinya dalam shalat fardhu maka Allah akan mengampuninya. Dan hendaklah ia memulai dengan takbir.

Diriwayatkan oleh Abi Ja`far al Baqir yang berkata:
“Tiada pengagungan bagi Allah yang lebih utama daripada tasbih Fatimah.”

Imam Baqir as berkata:
Barangsiapa bertasbih dengan tasbih az Zahra kemudian ia beristigfar maka ia akan diampuni. Ia (tasbih itu)
berjumlah seratus namun bernilai seribu dalam timbangan dan ia mampu mengusir syaitan dan membuat Tuhan Yang Maha Pengasih redha.”

Imam ash Shadiq as berkata:
“Barangsiapa bertasbih dengan tasbih Fatimah as usai shalat fardhu sebelum ia membentangkan kedua kakinya maka Allah akan menyediakan syurga baginya.”

Imam ash Shadiq as berkata:
“Barangsiapa bertasbih dengan tasbih Fatimah as yang berjumlah seratus usai shalat fardhu sebelum ia membentangkan kedua kakinya lalu diikutinya dengan membaca “lailaha illallah” sebanyak satu kali maka ia akan diampuni.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

“Tasbih Az Zahra” ini terdapat juga dalam kitab-kitab muktabar Ahlussunah dan cukup populer di kalangan kaum Muslimin.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa orang yang terinaya itu tiada penghalang (hijab) diantara dia dengan Allah swt

Doa orang yang teraniaya itu makbul seperti yang telah dikhabarkan oleh Bukhari & Muslim yang maksudnya

“Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebagai mangsa kita boleh berdoa terus kepada Allah kerana pastinya ia akan termakbul. Allah lebih tau masa serta cara yang terbaik untuk penzalim. Usah lah bergantung kepada perantara atau bomoh dikhuatiri akan menuju kehancuran.

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

(Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117)

Cukuplah kita sebagai orang teraniaya bermunajat dengan cara yang sederhana. Bahkan mungkin bomoh mengambil kesempatan terhadap keburukan yang telah kita alami.

berdoalah kita seperti berikut;

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah

atau
2. Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini.

atau
3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Teruk teraniaya sekalipun elak lah dari mendoakan keburukan kepada insan yang lain. Biarkan ketentuan itu kekal milik pencipta. walaupun doa keburukan itu dibolehkan oleh orang yang teraniaya.

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)

Mari bersama menghayati kata-kata ahli sufi “Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis”

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Zikir mententeramkan hati yang lara

Bacalah dzikir dibawah ini sebanyak seratus kali setiap pagi secara istiqomah,insyaAllah hati kita menjadi tenteram, hilanglah kegalauan yang menimpa kita dan segera dilepaskan dari kesusahan. inilah lafdznya :

سبحان الله وبحمده
سبحان الله الظيم

Subhanallahi wabihamdih * Subhanallahil adzim

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen