Bagaimanapun amalan zikir yang dituntut ialah istiqomah walaupun sedikit. Mulakan dengan zikir hasanah seperti yang biasa diamalkan sesudah solat.
Rasakan dulu kemanisannya beransur-ansur. Khatamkan dulu kalimah tauhid sebanyak 70,000 kali tak mengira masa. Dalam wuduk, tapi janganlah sampai 13 tahun baru khatam.
Seeloknya sebagai permulaan dikira dengan tasbih tak perlu nak tarik energy atau sebagainya.
Kemudian kalau rasa dah selesa, nak pindah ke zikir Darajah carilah guru…kerana zikir darjat akan membawa kepada suatu pengalaman baru yang perlu pada Mursyid yang telah melaluinya sendiri bukannya daripada pembacaan sahaja.
Natijah daripada zikir Darajah mau tidak mau akan membuka suatu dimensi baru. Dengan syarat bukan itu yang dicari dengan kata lain ikhlas…..
Akan kita temui dan lalui sendiri termasuk pemecahan diri dari 2 titik menjadi 1 titik, menjadi sifar dan akhirnya suatu perasaan tiada yang lain semata Allah jua.
Wahdatul Wujud.
Harus diingat Wahdatul Wujud yang inilah tiada khilaf ulama sufi mengatakan ia sesat. Yang sesat ialah ianya dijadikan suatu doktrin mengatakan semua tiada..yang ada ALLAH sahaja. Ini dah sesat..kalau begitu sia-sia ALLAH jadikan semua ini sedangkan tiada sia-sia bagi Allah setiap apa yang dijadikan Nya !
Akan diperlihatkan diri dalam kita yang penuh dengan kalimah syahadah dalam keadaan duduk antara 2 sujud sebagaimana lukisan khat Dan segala yang ada di alam syahadah ini ada di sana yang “asli” dan seterusnya…
Semua ini banyak diceritakan oleh mereka yang digelar ahli al-haq setakat mana yg diizinkan untuk bercerita.
Apa pun perlu dingat bukan ini yang jadi tujuan. Kalau yang ini jadi tujuan maka anda tidak akan dapat mengalaminya kerana ianya dikurniakan atas keikhlasan dan rahmat Allah jua…
Dicatat oleh Highlander2u
Salam,
Saya pernah mengikuti blog Highlander2u pada tahun lepas. Baru2 ni saya cuba memasuki blog beliau tetapi gagal. Adakah Highlander2u dan pakciklioo org yg sama? Kalau benar, saya minta izin utk mengikuti blog beliau. Jika tidak, saya mohon agar pakciklioo dapat membantu saya bagaimana saya boleh menghbungi beliau samada melalui e-mail atau contact no. Saya dahului dengan ribuan terima kasih. shaff dari ultramanagul@yahoo.com
mana nak dapat guru yang bisa membimbing kita untuk belajar zikir darjat