Selawat Jibril as

Makna selawat Jibril as satu

” Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! rahmatilah ke atas Muhammad, seorang nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad nabi yang ummi dan berkatilah ahli keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Limpahkanlah kasih sayang dan rahmat-Mu ke atas Muhammad sebagaimana Engkau mengasihi dan merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! kasihkanlah Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kasihkan Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Sejahterakanlah Muhammad dan ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia”.

Fadhilatnya:

Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.

Makna selawat Jibri as dua

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH !
Rahmatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad di kalangan orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dan di kalangan penduduk langit hinggalah ke hari kiamat.

Fadhilatnya:
Menurut imam Sya’rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Selawat Jibril as

  1. as salam saya mohon izin menyimpan selawat ini ya tuan…

  2. fairul berkata:

    mohon kebenaran utk mengamalkannya….Amin!terima aseh!

  3. bagus…dan tahniah…

  4. Bro RJ berkata:

    Assalam…mohon keizinan sy untuk mengamal dan menyimpan selawat ini…terima kasih.

  5. nizam berkata:

    mohon ijazahkan salawat ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s