Khadam Ayat



Soalan

Dato,

Teman sekampung saya pernah menuntut di sebuah pondok di tanah seberang selama 3 tahun. Hingga kini dia masih ke sana sesekali. Selain mempunyai ilmu agama, dia sekarang mengubat orang, hasil ilmu “khadam ayat” yang dipelajari.

Dalam satu artikel tulisan ustaz dalam ruangan ini ada membicarakan tentang khadam ayat. Saya terlalu ingin mempelajari ilmu ini untuk masa depan saya, kalau ia tidak menimbulkan masalah. Saya rasa akan dapat mengatasi banyak masalah hasil daripada ilmu khadam ayat seperti yang dimiliki oleh kawan saya.

– Salleh, Kelantan.

Jawapan: Natijah daripada ilmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat untuk dijadikan pedoman dan mengelakkan kekeliruan.

Keterangan ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan dan makluman daripada mereka yang mempelajari ilmu khadam ayat, menggunakannya sebagai ilmu kebatinan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran juga ulasan yang diberi berdasarkan penemuan tadi.

Amalan ini juga adalah boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk iaitu jin yang dipanggil sebagai “khadam ayat”.

Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan “khadam ayat” yang datang tadi, yang akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.

Menurut seorang responden, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin ataupun malaikat. Ia merupakan “khadam” kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut apa yang telah diajar oleh guru yang berkenaan.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah r.a katanya, Rasulullah bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah menolongnya.

Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri.

Di antara hadis-hadis yang menyebutkan hal demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya ialah ayat al-Kursi.

Atas pemahaman tentang fidilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan. Mengamalkan apa yang difahami sebagai “khadam ayat Kursi” dalam amalan kebatinannya.

Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, ia akan didatangi makhluk yang dipercayai sebagai “khadam ayat al-Kursi”. Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajar amalan tersebut, agar makhluk itu taat menurut perintahnya.

Menurut responden lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain.

Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan.

Khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani saka yang teruk ataupun masalah-masalah besar, memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya, kerana itulah maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Seorang responden lain, yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya. Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang ketika itu berumur 10 tahun, ketika sedang tidur.

Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia.

Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.

Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh, maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.

Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya.

Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun, sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.

Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.

Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah, makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.

Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu kononnya telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib.

Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari. Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.

Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, ia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, ia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah. Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula daripada hari itu ia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya.

Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampingi tadi. Perkataan tok syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya. Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian ia memanggil tok syeikh untuk meminta pertolongan.

Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, akibat gangguan makhluk-makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecederaan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, akibat keracunan pemakanan dan sebagainya.

Demikianlah beberapa keterangan mengenai khadam ayat seperti yang saudara tanya. Sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

25 Responses to Khadam Ayat

  1. hambaAllah berkata:

    salam,di manakah dpt sy blaja ilmu ni?

    • amiy berkata:

      cari lah di merata tempat..kebanyakan ilmu2 mcmni x terdapat di bandar.so cubalah cari di kawasan pedalaman…insaallah akan ketemui jua….

    • rozailan berkata:

      pada pendapat saya amalan ini hanya oleh di lakukan oleh mereka yang begitu warak dan para alim ulama saja kerana
      saya ada kitab tentang amalan ini dan salah satu caranya ialah berpuasa selama 7-41 hari dan zikir ayat mengikut khadam yang di perlukan, bagi mereka yang sering tertinggal sembahyang atau sengaja meninggalkannya tak mungkin akan dapat mengamalkan ilmu ini.

  2. Eli Sudjono berkata:

    Assalamu’alaikum Wr.Wb.

    Bagaimana caranya mengusir mahluk jahat yg ada didalam tubuh seseorang yg. sengaja dikirim oleh orang lain ; sehingga orang yg kemasukan mahluk jahat ini perlakuannya menyimpang jauh dari tuntunan islam ; seperti melakukan maksiat dianggap biasa atau melakukan zinah atau disini kalau saya katakan pengaruh dari khodam jahat.

    • rozailan berkata:

      mahluk jahat ini biasanya syaitan , iblis dan jin, bagi pengamal ilmu khodam penghancur bagi tujuan perubatan, perkara ini akan dapat diatasi, insyaallah.

  3. Wan berkata:

    Saya mohon izin menggunakan dan mengamalkan ayat ini serta ayat-ayat lain yang telah dan akan saya ambil. Semoga diberkati usaha tuan dan Allah jua yang membalasnya.

  4. wan Rajipah berkata:

    BAGAIMANA PAK USTARD UNT SAYA MEMPELAJARI ILMU INI,…BUKAN TUJUAN JAHAT TAPI BERTUJUAN KEBAIKAN DIRI SENDERI DAN JUGA AHLI KELUARGA.

  5. Arbiah berkata:

    salam ustaz. Tolong ajarkan saya doa macam mana nak kaya dan boleh bayar hutang.

  6. asmawi berkata:

    salam,maaf..saya ingin sekali jika diizinkan ALLAH utk mempelajari ilmuALLAH khadam ayat.bagaimana caranya ust. minta kerjasama dan bantuan ust.terima kasih.

  7. amiy berkata:

    assalamualaikum…minta maaf boleh x ustaz terangkan perbezaan antara keramat dan khadam..adakah kedua2 itu adalah sama @ berbeza…

  8. Kurotsuki berkata:

    Mantap.
    Salam kenal 🙂

  9. hafiz berkata:

    slm, sy nak tanya ustaz, bagaimanakah menghilangkan khadam ayat, setelah dia bersama kita, kemudian kita rasa khadam ini memudharatkan kita, adakah ada cr menghilangkan khadam ayat ini..

    • chu berkata:

      kadam ayat sebenarnya memang susah mahu dapat tapi jika betul2 berminat anda boleh mendapatkannya secara ghaib……..suruh rohani kita mencari pasti berjumpa jika berminat di kawasan sabah …..sandakan……tawau….kk memang banyak……

  10. Ahmad berkata:

    ASSALAMUALAIKUM… Walaupun Ilmu ALLAH MAHA LUAS, cukuplah AL-QURAN & AL-SUNNAH sebagai panduan untuk pastikan umat Islam agar X sesat.

  11. rinaldi koto berkata:

    saya akan ajarkan sedikit ilmu yang saya amalkan,
    Berpuasalah selama 41 hari dengan hanya memakan makanan dari tumbuhan kecuali bawang
    Setiap selesai sholat fardhu 5 waktu , membaca Bismillahirahmanirahim sebanyak 1000 X dan dilanjutkan dengan menarik nafas dan ditahan di dada sambil membaca didalam hati “Bismillahirahmanirahim Inna ana amana” 7 X. dan selesai.
    Pada tengah malam keluarlah dari rumah dan melakukan sholat hajat 2 rakaat di tengah lapangan. dan membaca “Bismillahirahmanirahim Inna ana Amana” 1000 X

    Dihari terakhir anda akan bertemu dengan 7 orang malaikat berwujud manusia dan 6 lagi mempunyai sayab mrk serentak mengucapkan assalamualaikum w w. dan memberikan kesediannya sebagai khodam , yang dapat dipanggil dgn membaca bismillah dan panggil nama mereka satu persatu.
    jika amalan kita sempurna kita akan bertemu ke tujuh malaikat tersebut, jika kurang mungkin hanya satu malaikat dengan memakai jubah putih dan berwajah penuh cahaya dan menyejukkan hati.. insya Allah

    Rinaldi- Indonesia (FB rinaldi.2012@yahoo.com)

  12. dalil dalil dalil berkata:

    Kenapa perkara ini tidak diajar di dalam silibus Pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah?

  13. ata berkata:

    Saya ingin bertanya..bagaimana saya ingin belajar ilmu ini?dimana saya boleh belajar?ilmu ini makan masa yang lama untuk belajar?lagi 1 al quran saya tidak fasih..

  14. Rio berkata:

    saya ada makluk gaib?
    pernah bertemu?
    nama nya kuncung putih,,
    orang tua tu,,?
    aku di kasih baju nama baju tu adalah,,
    kehirupan..?

  15. AHMAD SHUKRI berkata:

    Dalam menuntut ilmu hakikat,ilmu syahadah merupakan peringkat ilmu tertinggi dan maksud kepada kalimah bismillah menceritakan kepada kejadian daripada zat mutlak sehingga kepada peringkat martabat insani..zikir makrifat yg tertinggi adalah huwa yg mempunyai rahsianya yg tersendiri melibatkan ketuhanan..Di dalam kalimah bismillah wujudnya roh yang mempunyai martabat tertinggi iaitu roh idhofi dlm pelajaran ilmu martabat 7..Dalam proses pengajian ilmu dikatakan setiap penuntut akan mngalami proses fana sebelum baqo billah dan terjadinya proses pentajalian diri diperingkat tahap ainul yakin.Dalam keadaan fana berlakunya perkara2 ghaib pada diri dan terjadinya satu kejadian dlm pentajalian yg dinamakan tanpa bunyi dan tanpa huruf dimana proses mndidik diri ke arah lebih kesempurnaan..Boleh saya tanya pndangan ustaz mngenai perkara ini dtgnya roh ghaib @ dtg jin yg pendamping,bagaimana untuk membezakan kedua-dua perkara ini kerana ianya bukan perkara yg nyata tetapi tidak nya..Adakah dgn amalan2 berzikir huwa,iblis juga dpt mendampingi kita??Ini kerana dlm peringkat tersebut perlu menafikan terlihatnya diri hanya wujud Allah semata2,Disini lah peringkat yg sukar kepada pada penuntut yg bru mengalaminya kerana timbulnya kekeliruan samaada dtg yg baik @ buruk..Mintak pndangan ustaz mngenai perkara ini..terima kasih..salam.

  16. karim berkata:

    salam ustaz,
    saya nak bertanya sedikit pasal dgn ilmu ini,
    sejaka dari kecil ayah saya suruh kami sekeluarga menghafal danmengamalkan ayat kursi dan pagar diri dgn ayat kursi sebanyak 3 kali sebelum tidur,ayah saya ada kelebihan berubat orang,kata ayah saya ini dari keturunan dan syarat2nya adalah solat 5 waktu,amalkan ayat kursi,masa nak keluar rumah atau nak pegi kemana.dan membuat solat tahjud di malam hari,saya sekarang boleh berubat orang sakit.selalunya saya akan pagar diri dgn ayat kursi dan selawat dan surah al ihklas dan hadiahkan kepada nabi,para nabi,para rasul,dan keturunan kami seperti tok wan.dan saya boleh nampak dan bercakap dengan tok wan,katanya dia wali allah dan keturunan kami,tok nenek moyang kami,sebab itulah kami boleh berubat.dengan hanya mengamalkan apa yg saya cakap diatas.saya tidak pernah memberi makan atau jamu mereka.tp kalau saya x sembahyang atau kurang melakukan tahjud,semakin susah saya nak berhubung dgn diorang,dan satu lagi diorang boleh masuk kedalam badan saya dan mengawal pergerakan dan percakapan saya,sedang saya sedar dan mengetahui apa yang berlaku,dan boleh mengawal diri saya,adakah perkara itu boleh terjadi?ayah saya pernah mengajar saya bahawa jin dan syaitan boleh menyamar jadi mereka dan pendindingnya adalah ayat kursi,sbb itu saya pagar diri dulu sebelum berkomunikasi dgn mereka.dia juga ada mengajar beza syaitan dan diorang,kalau syaitan yg menyamar,dada saya rasa tertusuk2,dan kalau mereka,hati saya rasa tenang.sebab saya pernah bertanya dekat ustaz di kampung,katanya itu syirik dan x betul,bila saya pergi berubat,ustaz itu cakap xde apa yg berdamping atau mengacau saya.tp sampai sekarang saya masih boleh berkomunikasi dgn mereka,termasuk arwah ayah saya.selalu yg dia ingtkan jgn tinggal sembahyang igt allah..sebab sekarang saya kurang sembahyang,sbb kerja saya waiter,kerja dari tengahari sampai malam,dan susah nak dapat keluar gi solat,kalau ada peluang baru saya pergi ke surau,kalau x bos saya akan bising.saya dah banyak kali tukar kerja kerana x selalu keluar ke surau untuk solat,manager selalu memarahi saya kerana kerap keluar time maghrib,kalau qada x larat,kompem balik mandi makan pastu tido.jadi kuranglah solatnya.

  17. aliansyah berkata:

    setiap ayat dari Al qur’an itu ada khadamnya

Tinggalkan komen