Doa selamat terbitnya buku Sejarah Silat Lintau Asli

Slide3
Buku ini ditulis dan diterbitkan adalah sebagai mengalu galukan kesedaran kerajaan hari ini terhadap pasukan seni silat sebagai benteng pertahanan negara setelah pasukan polis dan tentera.

Pendidikan silat sebagai ilmu seni perang Melayu dalam institusi pertahanan negara telah terpinggir dari istana sejak zaman penjajah. Oleh itu ianya perlu diberi ruang dan peluang berkembang maju dalam kemajuan pertahanan negara sejajar dengan perkembangan negara lain di dunia.

Sistem pertahanan barat seperti anggota polis dan tentera yang di perkenalkan oleh penjajah telah mengekang perkembangan seni perang silat Melayu yang mengancamnya terutama dari segi kebatinan.
Slide47
Oleh itu sejarah bangsa ini perlu ditulis ketika rakyat pada hari ini terutama generasi muda yang kelihatan semakin tenggelam dan semakin kabur dengan sejarah bangsanya. Usaha ini adalah menunaikan tangungjawab agar dapat menyedarkan kembali rakyat hari ini tentang sejarah betapa pendirian bangsanya yang membela tanah air, raja dan agama untuk keperluan tenaga jiwa dan raga yang membina kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat.

Bangsa yang berbudi bahasa sudah tentu mengenang budi mereka yang telah berjasa kepada tanah air, bangsa, raja dan agamanya. Semoga sifat bangsa mengenang budi ini dapat kita terus warisi turun temurun.

Usaha saya merakam keterampilan Datuk Panglima Abdul Mulok bin Sutan Idham yang telah mempelupuri Seni Silat Lintau demi melansungkan usaha Panglima Lidah Hitam lebih 200 tahun dahulu, bermula dari Istana Negeri Perak akhirnya hingga di kalangan rakyat jelata adalah usaha mengalukan jasa pesilat negara.

Keterampilan yang dinyatakan ini adalah menjadi alasan yang kukuh kenapa jasa bakti Datuk Panglima Abdul Mulok bin Sutan Idham yang tidak didendangkan sebelum ini layak dialukan terlebih dahulu menerima anugerah gelaran Great Grand Master di bidang Seni Beladiri dari Pusat Pengajian Terapi Sifuli Wannura Kampus, untuk melayakkannya menerima pengiktirafan dan anugerah gelaran kebesaran dari istana dan kerajaan pula jika perlu. Pengiktirafan ini adalah untuk membantu usaha Wannura Kampus mengembangkan pengajian seni silat Lintau Asli. Semoga usaha untuk menghidupkan semula tradisi hubungan istana dan kerajaan dengan dunia persilatan ini disenangi dan dapat diterima oleh semua pihak dengan dada yang terbuka.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Wannura Kampus kerana telah berusaha mengembangkan pengajian bidang seni silat dan seni memanah berkuda sebagai seni beladiri untuk melangsungkan usaha yang telah dilakukan insan yang saya kasihi Almarhum Datuk Panglima Abdul Mulok bin Sutan Idham dan Guru saya yang dikasihi Almarhum Syeikh Raja Ashman Shah Al Sultani  ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas mereka, Al Fatihah.

Sifuli

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s