Doa agar suami tak kawin lagi

يَوْمَئِذٍ لَّا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلاً

Surah Taha ayat 109 di atas maksudnya:
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya,

Bacalah ayat tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sebagai doa sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya.

Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.

Wasallam.

Posted in Uncategorized | 2 Komen

Doa cinta yang sejati

doa senjata orang mukmin

Bagi mereka yang mengharapkan cinta sejati, kebahagiaan dan kedamaian hati yang abadi, bacalah doa di bawah ini secara istiqamah:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Allâhumma innî as-aluka hubbaka wa hubba man yu-hibbuk, wa hubba kulli ‘amalin yûshi-lunî ilâ qurbik, wa an taj’alaka ahab-ba ilayya mimâ siwâk, wa an taj’ala hubbî iyyâka qâidan ilâ ridhwânik, wa syawqî ilayka dzâidzan ‘an ‘ishyânik, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil wuddi wal ‘athfi ilayy, walâ tashrif ‘annî wajhak, waj’al-nî min ahlil is’âdi wal khuzhwati ‘indaka yâ Mujîbu yâ Arhamar râ-himîn.

Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Doa pelindung dan pendinding daripada dipukau

Pencerahan kepada

DOA PELINDUNG DAN PENDINDING DARIPADA DIPUKAU

Dikalangan khususnya orang Melayu di negara kita, bidang hipnotis lebih dikenali sebagai ilmu pukau kerana bidang hipnotis tersebut dipelajari atau dituntut untuk tujuan kejahatan. Dan pendedahan masyarakat di negara kita mengenai hipnotis sebagai hipnoterapi untuk merawat penyakit jiwa adalah terlalu jauh ketinggalan. Berikut adalah doa pelingung atau pendinding yang boleh menjadi perisai kepada ilmu kejahatan pukau ketika dalam perjalanan, di majlis keramaian atau di mana jua sebelum memahami apa itu hipnotis:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
بِسْمِ اللهِ اَسْتَرْعِيْكَ رَبَّكَ وَاُعَوِّذُكَ بِالْوَاحِدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ حَاسِدٍ قَآئِمٍ اَوْ قَاعِدٍ، وَكُلِّ خَلْقٍ رَآئِدٍ فِي طُرُقِ الْمَوَارِدِ. لاَتَضُرُّوهُ فِي يَقْظَةٍ وَلاَمَنَامٍ، وَلاَ فِي ظَعْنٍ وَلاَ فِي مَقَامٍ، سَجِيْسَ اللَّيَالِي وَاَوَاخِـرِاْلأَيَّامِ. يَدُ اللهِ فَوْقَ اَيْدِيْهِمْ وَحِجَابُ اللهِ فَوْقَ عَادِيَتِهِمْ.

Bismillâhi astar’îka Rabbaka wa u’awwidzuka bil-Wâhidi min syarri kulli hâsidin qâimin aw qâidin, wa kulli khalqin râidin fi thuruqil mawârid(i). Lâ tadhurrûhu fî yaqzhatin walâ manâm(in), walâ fî zha’nin walâ fî maqâm(in), sajîsal layâli wa awâkhiril ayyâm(i). Yadullâhi fawqa aydîhim wa hijâbullâhi fawqa ‘âdiyatihim. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami)

Doa teringin nak kahwin satu lagi (doa poligami) ini haruslah didoakan bersama isteri ketika selepas solat fardu selama 40 hari. Isteri mestilah mengaminkan doa ini. Insya Allah pasti bertemu jodoh. Yang penting, jangan sampai isteri tahu bahasa arab, sebab ini adalah rahsia doa dalam bahasa Arab. Kepada isteri-isteri atau gadis yang bakal mendirikan rumah tangga, kenalah belajar bahasa Arab, manalah tahu suami baca doa ini setiap selepas solat fardu. Doanya ialah:

اَلَّلهُمَّ ارْزُقْنِيْ زَوْجَةً ثَانِيَةً, جَمِيْلَةً وَصَالِحَةً إِنَّ اللهَ سَمِيْعُ الدُّعَاء

Oh Tuhan, berikanlah aku isteri kedua yang cantik dan solehah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa!

Selamat mencuba.

Posted in Uncategorized | 12 Komen

Buku Dasar Hipnotis Sifuli

Keterangan lanjut sila layari atau klik di sini > http://hipnotissifuli.wordpress.com/

Buku dasar hipnotis sifuli B

Buku Dasar Hipnotis Sifuli 2

KATA PENERBIT
Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam yang maha Pengasih dan Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat serta pengikutnya. Saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya telah berjaya menerbitkan buku dasar hipnotis Sufuli yang ditulis oleh Sifuli ini.

Buku ini diterbitkan adalah untuk memenuhi keperluan pengajian dibidang hipnotis. Menerbitkan buku buku terapi alamiah yang ditulis dan disusun oleh sifuli adalah adalah diantara usaha saya memberi sokongan kepada sifuli mengembangkan ilmu pengetahuan.

Jika sebelum ini saya membantu Sifuli mengembangkan ilmu pengetahuan dibidang terapi alamiah yang bermula di rumah, kemudian di jalanan, di pusat perkhidmatan terapinya, menerusi bengkel dan seminar perubatan. menerusi weblog yang telah dilayari berjuta pengunjung sehinggalah tertubuhnya Persatuan seni Urut Terapi Sifuli Malaysia, kini usaha selanjutnya adalah penerbitan buku bukunya.

Wannura Kampus adalah pusat pengajian yang menerbitkan buku buku ilmiah untuk pengajian yang ditawarkannya. Bidang hipnotis adalah maseh terlalu asing di negara kita. Jika pengetahuan mengenai makan minum itu penting untuk membina kesihatan darah daging. Pengetahuan mengenai tidur baring itu pula adalah penting untuk membina kesihatan urat saraf. Hipnotis adalah terapi mengenai tidur baring yang perlu dipelajari untuk mencegah penyakit jiwa.

Setelah menulis buku hipnotis untuk kesihatan jiwa. Diharapkan sifuli dapat menulis pula buku mengenai makan minum untuk membina tenaga raga, buku mengenai beranak pinak untuk membina kesihatan jasmani dan buku adat resam untuk membina kesihatan rohani.

Zainura Zulkifli
Director
Wannura Kampus

KATA PENGANTAR

Pada tahun 1985 saya telah menamatkan perkhidmatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memberi tumpuan sepenuh masa mempelupuri seni terapi sifuli untuk membina kesihatan menyembuhkan penyakit rohani jasmani jiwa dan raga kepada orang ramai.

Saya berusaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan menjiwai amalan urut terapi yang mereka lakukan setiap hari malah setiap waktu. Peningkatan yang ketara mereka yang mengalami penyakit kencing manis darah tinggi dan mati pucuk adalah mengambarkan tahap kekotoran yang dialami tubuh badan manusia hasil dari amalan mencemari makan minum pada hari ini.

Setelah mempelupuri seni urut terapi untuk membersihkan diri daripada pencemaran makan minum, kini tibalah masanya saya mengembangkan pengetahuan hipnotis untuk keperluan tenaga jiwa ketika tidur baring. Hanya dengan makan minum dan tidur baring yang sempurna sahaja manusia boleh membina tenaga zahir dan batin untuk beranak pinak serta membina kesejahteraan adat resam kehidupan jasmani untuk kesejahteraan rohani.

Terapi Sifuli adalah berasas terapi kesihatan alamiah yang berdasarkan agama Islam. Oleh iitu buku ini diakhiri dengan bab ketuhanan, manusia dan alam semesta yang merujuk kepada panduan hidup manusia ia itu al Quran dan hadis dan sunah Rasulullah saw.

Buku ini disusun adalah bertujuan untuk menjelaskan bidang hipnotis menurut Islam yang telah berkembang sebelum ini menurut fahaman bukan Islam dan kajian sains.

Akhirnya buku ini adalah untuk kekasihku, sahabatku dan musuhku yang ku sayangi.

SIFU ROZLI ALI (SIFULI)
Pengasas Terapi Sifuli

isi kandungan
isi kandungan 2

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Ayat-ayat Pendinding

Ayat-ayat Pendinding benteng diri anda dari gangguan jin dan syaitan

Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.

Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.

Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni, kan? Siap ada filem lagi.

Percaya kepada benda-benda ghaib

Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.

Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.

Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah ini.

Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeza dengan dunia manusia. Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.

Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan! Eeeerr…

Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.

Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
Perlukah anda menempah senjata canggih dari syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?

Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda nanti.

Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran.

Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.

Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.

Posted in Uncategorized | 5 Komen

Rahsia ayat empat Qul

Empat QUL diantara ayat-ayat hebat yg Allah s.w.t turunkan kepada kita supaya kita terpelihara dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.Selalulah membaca dan jadikan amalan kita sebagai menjadi pendinding dan perisai hidup kita..Insya Allah..

Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)

Saidina ‘Ali r.a menerangkan; pernah Rasulallah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.

‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.

Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | 6 Komen