Doa menyembuh kesakitan yang amat sangat

Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 1 Komen

Doa menyembuh penyakit mental

Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Tinggalkan komen

Doa menyembuh penyakit yang tenat

Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi
dengan menggunakan air tersebut.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 1 Komen

Doa samoga sentiasa diingati anak isteri

Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.

Posted in Uncategorized | Tagged | Tinggalkan komen

Doa bismillah dua puloh

Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.

A. Sesiapa membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahya.

B. Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :

1. Dibukakan pintu bahagia
2. Ditutupkan pintu derita
3. Terpelihara daripada mati terkejut
4. Terhindar daripada azab kubur
5. Selamat melalui titian sirat
6. Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted in Uncategorized | 4 Komen

Doa bismillah sembilan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dengan Nama Allah Sekalian Alam.

Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.

Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.

Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.

Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.

Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.

Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.

Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka

Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.

Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.

Fadhilat Bismillah 9

Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:

1.Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.

2.Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.

3.Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | 4 Komen

Doa bismillah tujuh

“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”

Fadhilat Bismillah 7

1. Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.

2. Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.

3. Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.

4. Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.

5. Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.

6. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.

7. Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.

8. Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.

9. Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.

Kesan Sampingan ‘Bismillah 7’

Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;

Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.

Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.

Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.

Amalan Bismillah 7

Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.

Mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat, InsyaAllah.. AMIN!

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Posted in Uncategorized | 3 Komen