Aku dan Gosjogo

aku dan gusjogo

Siapakah aku ?. Aku cumalah diri yang sudah pastinya akan binasa setelah mengenal tuhannya.

Pokoknya siapakah pula Gusjogo yang ku kenali sebelum mengenali tuhannya. Banyak persamaan diantara aku dan Gosjogo. Pertamanya sudah tentulah kepercayaan kami pada yang satu ia itu tuhan yang maha Esa. Imam kami adalah Alquran yang di utus Allah swt menerusi Jibril as kepada Nabi Muhammad saw. Lantaran itu al Quran adalah panduan kami untuk membina kesihatan kehidupan rohani dan jasmani sehingga mengenali tuhannya.

Lebih satu dekad yang lalu Gusjogo yang ku kenali di alam nyata adalah seorang sarjana dan seorang penjawat awam kanan serta seorang konsoltan koperat di perusahaan yang ternama. Berbagai penghormatan tertinggi telah diterima Gosjogo ketika di alam nyata dari dalam dan luar negara. Tapi kini semua itu hanyalah menjadi kenangan setelah Gusjogo yang ku kenali ku temui di alam ghaib, kerana di alam ghaib Gusjogo cumalah ku anggap seorang sesepuh di alam nyata.

Alhamdulilah itulah bisikan gelora di hati bila aku bertemu Gusjogo pertama kalinya di alam ghaib. Aku bertemu Gusjogo di alam ghaib ketika berada di medan tenaga titik sifar (Zero Point Energy) . Di bidang super sains tenaga titik sifar ini mula ditemui di German oleh dua tokoh saintis terkemuka iaitu Albert Einstein dan Otto Stern pada tahun 1913, menggunakan formula yang diselesaikan Max Planck pada tahun 1900. Terma tenaga titik sifar diambil dari perkataan bahasa German, Nullpunkt senergie.

Alhamdulillah dan segala pujian kepada tuhan yang menguasai sekalian alam yang mempertemukan aku dan Gusjogo di alam ghaib dengan sifat kaseh dan sayangNya yang menguasai hari kemudian. Hubungan kaseh sayang yang kami alami di alam ghaib hanya boleh dinyatakan secara nyata oleh penemuan ujian ilmu fizik yang menyatakan dua partikel yang berpasangan yang dipisahkan walau beribu batu malah berjuta, mereka tetap saling merasai dan mengalami sebarang perubahan pada pasangannya, ibarat pasangan kekaseh yang dilamun cinta lagaknya. Fenomena ini lah yang disebut “ belitan quantum ” yang menurut Albert Einstein ” sebuah kejutan menakutkan dari kejauhan ” dan menjadi sebuah realitas dasar yang tidak mampu dijelaskan para ahli fisik dengan menggunakan berbagai tiori yang mereka telah cipta.

Oleh itu hanya kepada Allah swt sahajalah kami menyembah nama, sifat, afaal dan zatNya. Dan kepadaNyalah tempat kami memohon pertolongan supaya berada diatas jalan yang lurus untuk beroleh nikmat petunjuk cahayaNya dan bukan seperti mereka yang dimurkai dan sesat.

Kini sebagai seorang sesepuh di alam nyata menerusi kuliahnya Gusjogo mungkin boleh menerangkan Fenomena pengalaman mendekati kematian (near death experience NDE) atau mati suri untuk memasuki alam ghaib, kepada mereka yang berhajat, menerusi bidang ilmu Quantum Spiritual Agung yang dipelupuri Gusjogo.

Pengalaman mendekati kematian adalah seperti melihat cahaya terang, berjalan melewati sebuah terowongan, merasa telah mencapai akhir realitas, dan bergerak meninggalkan tubuh sendiri terkadang dialami oleh orang yang mendekati kematian.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Aku dan Gosjogo

  1. mankrida says:

    Reblogged this on krida Club House and commented:
    Aku dan Gosjogo

  2. Salam. Bleh x sy ingin hubungi tuan atau gosjogo? atau pun tuan hubungi sy.. sbb sy ada hal untuk pertnyaan. tel sy mie 0125157534

  3. hafiezan says:

    assalamualaikum….saya seorg yg krang mendapat rzki klu tdak brusaha saya usaha..tapi rezki payah nak melekat dengan saya.ibarat hdup segan mati tak mahu.saya harap bapak boleh ambil saya sebagai murid bapak supaya kehidupan saya di masa akan datang lebih mudah.saya sangak2 berharap bapak pertimbanlan permintaan saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s