Doa hadapi ribut Sonamu

doa senjata orang mukmin

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.

Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

“Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan…

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Doa hadapi ribut Sonamu

  1. uripjoko says:

    Mohon maaf Aku rasa do’a tsb ada dlm riwayat hadist alangkah baiknya di cantumkan sumber pengambilannya. Terimakasih atas perhatiannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s