Zikir ismu zat

Allah adalah kalimah Arab yang merujuk kepada Zat Pencipta dan Pentadbir kepada sekalian alam dan dan kerana itu berzikir secara mengulangi – ulangi nama yang teragung ini tidak wajar dihukum sebagai amalan ibadat yang menyesatkan. Menurut Imam al – Qurtubi seorang ulama tafsir muktabar, lafaz “Allah” adalah seagung – agung dan selengkap nama yang Tuhan berikan kepada ZatNya.

Terdapat segelintir ulama’ yang menyanggah secara keras amalan berzikir dengan mengulangi nama Allah secara tersendiri, iaitu tidak dilafazkan di dalam rangkai kata ayat yang lengkap (jumlah tammah). Walaubagaimana pun, bagi segolongan ulama’ yang lain, amalan seperti ini bukanlah bid’ah malah ianya adalah harus dan dianggap sebagai jalan dan metod terbaik di dalam proses memperdalamkan rasa kewujudan dan kebesaran Allah dalam hati .

Imam al –Ghazali dalam Ihya’ ada menegaskan untuk mendidik diri dan budipekereti ialah dengan cara zikir Allah…Allah.

“ Dalam keadaan yang demikian guru memberi ajaran murid dengan zikir, sehingga lidah dan hatinya hanya sibuk dengan zikir itu. Kemudian ia duduk dan mengucapkan : Allah …Allah…umpamanya, “

ms 208 . Imam Ghazali Keajaiban Hati, Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan (1404H)

Penilaian dari Al – Quran

Terdapat banyak ayat – ayat al – Quran yang mengisyaratkan adanya amalan menyebut – nyebut nama Tuhan. Antaranya dalam surah al – Insan : 25 , al – Muzammil : 8 , al – Isra’ : 110 dan al – An ‘ am.

Surah al – Insan ayat 25 :

Maksudnya : Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.

Surah al – Muzammil ayat 8 :

Maksudnya : Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.

Zikir dengan asma’ al – Husna adalah diboleh malahan Allah s.w.t. menegaskan dengan firmannya dalam surah al – Isra’ 110 :

Maksudnya : Katakanlah: “Serulah Allah atau Serulah Ar-Rahman. dengan nama yang mana saja kamu seru, dia mempunyai Al Asmaaul Husna (nama-nama yang terbaik).” Salah satu asma al – Husna ialah ALLAH.

Al – An ‘ am ayat 91 :

Maksud : Katakanlah: “Allah (Ya Muhammad)”, Kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.

Penilaian dari as – Sunnah

Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah mendengar Bilal bin Rabah melafazkan secara berulang Ahad , Ahad, Ahad [ Allah yang Esa] …ketika beliau disiksa kerana Keislamannya namun Nabi s.a.w. tidak melarang perbuatan tersebut. Adalah jelas bahawa Ahad adalah salah satu daripada nama – nama Tuhan yang indah dan perbuatan Nabi s.a.w. membiarkan Bilal melakukannya merupakan satu bentuk Sunnah Iqrariyyah…” .

Muhammad Zaki Ibrahim , Ma’alim al – Masyru’ wa al – Mamnu’ min Mumarasat al – Tasawwuf al – Mu’asir , ms 14

Penilaian dari segi Bahasa Arab

Adakah ungkapan berzikir Allah, Allah, Allah yang diulang menurut bilangan – bilangan tertentu salah dan tersasar dari sudut bahasa ? Shaykh Muhammad Zaki Ibrahim menjelaskan “ Adapun pengucapan Allah , Allah , Allah” dari sudut bahasa ataupun pengucapan nama – nama Tuhan yang lain secara tersendiri [al – asma’ al – mufradah], maka ianya adalah harus tidak salah dari segi bahasa. Ini adalah kerana melafazkan nama – nama Tuhan tersebut secara mufrad pada hakikatnya mengungkapkan nama – nama tersebut di dalam satu ayat yang lengkap. Maka perkataan ‘Allah’ yang dilafazkan itu , jika ditinjau dari segi i’rab , boleh diterima samada :

1.Khabar kepada mubtada’ yang tersembunyi

Pengertian ucapannya boleh diandaikan sebagai Pencipta dan Pentadbirku Allah.

2.Mubtada’ kepada khabar yang tersembunyi

Pengertian ucapannya boleh diandaikan sebagai Allah adalah Rabb ku atau Allah adalah Zat yang Berkuasa.

3.Maf’ul bagi fi’il yang disembunyikan

Pengertian ucapannya boleh diandaikan sebagai Aku memohon ampun kepada Mu, ya Allah.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Zikir ismu zat

  1. mohd fairuz says:

    assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai ayat tammah. adakah ia mempunyai nash atau hadis sohih tentang ayat tersebut.. Rasullulah membaca ayat ini ketika hedak terbang ke langit lalu diajarkan malaikat jibril as ayat tammah kerana pada masa itu diikuti iblis laknatulah yg sedang membawa obor api untuk membakar rasullulah saw. Persoalannya bagaimanakah ayat ini di ketahui umum?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s