Petua petua agar doa dimakhbulkan

Doa ialah permohonan atau permintaan yang baik kepada Tuhan biasanya dalam bentuk ayat-ayat al-Quran, hadis atau susunan kata-kata yang syahdu.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ghafir ayat ke-60, maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Petua petua agar doa dimakhbulkan

1 Berdoa dengan ikhlas kepada Allah.
2 Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan Wassalatu wassalam ala Rasulillah.
3 Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW juga.
4 Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah s.w.t.
5 Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
6 Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan.
7 Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah.
8 Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
9 Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan orang lain dan memutuskan silaturrahim.
10 Tidak berdoa pada tempat maksiat.
11 Merendahkan suara.
12 Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak tiga kali.
13 Mengadap ke arah kiblat.
14 Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
15 Berdoa dalam keadaan berwuduk.
16 Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
17 Tidak bersajak dalam berdoa.
18 Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami’).
19 Menyeru Allah s.w.t. dengan nama-nama-Nya yang mulia.
20 Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal.
21 Hendaklah melakukan al-amru bil ma’ruf wan nahyi amil munkar.
22 Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
23 Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari.
24 Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
25 Mengaminkan doa yang dibacakan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s