Doa Isteri sentiasa dara suami mengila gila

Apabila sudah lama berkahwin, faraj anda semakin kendur, longgar dan ngilu. Nafsu seks semakin menurun dan suami menjauhkan diri untuk melakukan seks dengan anda. Suami sudah merasa bosan untuk melakukan seks. Mulalah suami buat hal dan cari “Pucuk Muda” yang ranggup dan lebih ketat farajnya. Jadi rapatkan kembali faraj anda seperti anda dara dengan mengamalkan doa ini.

kaum ibu perlu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam. Insyaalah.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Amalan cepat dapat jodoh

Jodoh itu Allah yang menentukan. Kita sebagai manusia sebenarnya hanya berikhtiar saja. Berusaha menemukan pasangan yang sekiranya tepat untuk dijadikan sebagai pendamping hidup. Barang siapa yang dipermudah dalam ikhtiarnya mencari pendamping hidup maka sungguh beruntung, dan perlulah bersyukur. Manakala yang belum menemukan pasangan atau bahkan terasa sulit menemukan jodohnya maka janganlah berputus asa. Di atas ini adalah amalan untuk memohon petunjuk dan memohon karunia kepada Allah ta’ala dalam hal jodoh (mendapatkan pasangan hidup).

Tatacaranya : Amalkan bacaan ayat suci di atas sebanyak 7 kali selepas sholat fardhu. Dan dibaca 40 kali selepas sholat Isya. Insyaalah.

Posted in Uncategorized | 5 Komen

Doa wajah yang menawan

Bismillahirrahmanirrahim

Nur Allah Nur Muhammad
Nur kucinta tiada berubah
Cahaya Allah Cahaya Muhammad
Cahaya Maryam Siti Fatimah 3x

Cara pakai:
bacalah doa tersebut ketika hendak melangkahkan kaki keluar rumah. Setelah dibaca doa tersebut , tiupkan kedua tapak tangan, lalu sapukan ke muka dan seluruh badan yang terjangkau oleh tangan.

Doa ini sangat mujarab untuk menarik perhatian dan simpati daripada sesiapapun. Tetapi doa ini akan mewujudkan suatu godaan yg cukup besar, iaitu rata-rata yg menjadi suka dengan pengamal doa ini ialah isteri orang atau kekasih orang.

Akan tetapi tepislah godaan itu dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Jangan semuanya anda kebas. Nanti anda akan dibelasah pula oleh suami atau kekasih yang meminati anda tersebut. Nanti jadi kes mahkamah pula. Hehe

Setelah anda mengamalkan doa itu, semoga anda akan dapat menyaksikan sendiri bahawa diri anda akan sangat disayangi oleh semua mahluk yang memandang anda… Amin

Posted in Uncategorized | 27 Komen

koleksi doa menguatkan zakar dan jimak

Doa Penguat Zakar (1)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda air tersebut. Atau celupkanlah tuala kecil ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah

Bismilah Hiroh Man Niroh Him

Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

Doa Penguat Zakar. (2)

Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.

Jika di rasai lemah zakar ketika jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) mudah mudahan kuatlah zakar ketika bersetubuh. Insya-Allah

Inilah Doanya.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

Doa Penguat Zakar (3).

Atas Permintaan Ramai di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang di amal-amalkan oleh orang-orang lama sejak dahulukala.

AAmalkanlah doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.

Doanya ialah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

Bismilah Hiroh Man Niroh Him

Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.

Doa Penguat Zakar (4)

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .

Ya Qadim

Ya Daim

Ya Ahad

Ya Wahid

Ya Samad

Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah

Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar

Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.

Posted in Uncategorized | 39 Komen

Doa pelaris perniagaan

Untuk maju sesuatu perniagaan dan gemar orang datang membelinya, mahulah dibaca ayat ini semasa hendak membuka pintu pada sebelah pagi ia itu:

ِِبسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
وَاِذَا رَأَوْاتِجَارَةً أَوْلَهْوَانِ انْفَضُّوْا اِلَيْهَا وَتَرَكُوْكَ قَائِمًا قُلْ ماَعِنْدَاللهِ خَيْرً مِنَ اللهِ وَمِنَ التِّجَارَةِ, وَاللهُ خَيْرُالرَّازِقِيْنَ

Bismillah Hiroh man Nir roh him.

Wa iza ro aw tijarotan aw lahwanin fazzu ilaiha wataro kuka ko iman kul maa ngindal lohi hoiran min nal lohi waminat tijaa roti, wal lohhu hoirur rozikin.

Posted in Uncategorized | 12 Komen

Lafaz Ijab dan Qabul bagi zakat fitrah

1.NIAT ZAKAT FITRAH SEORANG DIRI

Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH TA’ALA”

Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil

“SAYA TERIMA ZAKAT YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI SEBANYAK $………………… KERANA ALLAH TA’ALA”.

2.NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA

Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI

SEBANYAK $……………….. KERANA ALLAH TA’ALA.

Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :

“SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI

SEBANYAK $……………….. KERANA ALLAH TA’ALA.

3.NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL

Lafaz Ijab bagi pembayar zakat/wakil :

“INI ZAKAT FITRAH ……….. (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) DAN TANGGUNGANNYA * SERAMAI ……………. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $………………………… YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA”.

Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :

“SAYA TERIMA ZAKAT ….. (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) YANG TELAH BERWAKIL KEPADA TUAN DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $………………………. KERANA ALLAH TA’ALA”.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Empat keutamaan zikir sepanjang Ramadhan

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan :

Pertama : Mengucap ISTIGHFAR ( memohon keampunan )

Kedua : Memperbanyakkan Ucapan Syahadah

Ketiga : Berdoa Memohon Syurga

Keempat: Memohon Keredhaan Allah. “

Hadis riwayat al – Baihaqi

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen