Doa Majlis Hari Raya

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

رَبَّنا انَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ امِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ انَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.

Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

اللهمّ يا ربّ العالمين

Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa pagi petang

Fadhilat doa

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”

Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”
Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”
Jawabnya: “Ya!”

Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud).

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa sepanjang zaman

ﻭَﻭَﺻَّﻴْﻨَﺎ ٱﻹِْﻧﺴَٰﻦَ ﺑِﻮَٰﻟِﺪَﻳْﻪِ ﺇِﺣْﺴَٰﻨًﺎ ۖ ﺣَﻤَﻠَﺘْﻪُ ﺃُﻣُّﻪُۥ ﻛُﺮْﻫًﺎ ﻭَﻭَﺿَﻌَﺘْﻪُ ﻛُﺮْﻫًﺎ ۖ ﻭَﺣَﻤْﻠُﻪُۥ ﻭَﻓِﺼَٰﻠُﻪُۥ ﺛَﻠَٰﺜُﻮﻥَ ﺷَﻬْﺮًا ۚ ﺣَﺘَّﻰٰٓ ﺇِﺫَا ﺑَﻠَﻎَ ﺃَﺷُﺪَّﻩُۥ ﻭَﺑَﻠَﻎَ ﺃَﺭْﺑَﻌِﻴﻦَ ﺳَﻨَﺔً ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺏِّ ﺃَﻭْﺯِﻋْﻨِﻰٓ ﺃَﻥْ ﺃَﺷْﻜُﺮَ ﻧِﻌْﻤَﺘَﻚَ ٱﻟَّﺘِﻰٓ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻰَّ ﻭَﻋَﻠَﻰٰ ﻭَٰﻟِﺪَﻯَّ ﻭَﺃَﻥْ ﺃَﻋْﻤَﻞَ ﺻَٰﻠِﺤًﺎ ﺗَﺮْﺿَﻰٰﻩُ ﻭَﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻟِﻰ ﻓِﻰ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻰٓ ۖ ﺇِﻧِّﻰ ﺗُﺒْﺖُ ﺇِﻟَﻴْﻚَ ﻭَﺇِﻧِّﻰ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.

(Al-Ahqaf – 46:15)

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa jumpa ibu bapa

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa naik kenderaan hari raya nanti

Selepas hari raya pun eluk juga di baca. Membaca doa ini adalah diantara kempen op selamat.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Sokong kempen internet blackout

(Sokong kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A)

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.

Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan ‘pop up’ kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.

Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.

Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.

Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.

Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.

Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.

“Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.

Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.

“Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.

“Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut,” sambungnya lagi.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Doa jika sudah ada yang punya

Posted in Uncategorized | 1 Komen