Doa Ayat Al Quran Tangani Kerenah Anak anak


Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak saya petik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

23 Responses to Doa Ayat Al Quran Tangani Kerenah Anak anak

  1. nor ashikin musa says:

    assalamualaikum,

    semoga Allah memberkati usaha saudara ini. Amin

  2. ida says:

    salam saya minta izin utk saya dan kaum kerabat saya utk diamalkan

  3. moch,nasir says:

    assalamualaikum mohon ijin diamalakan pa ci

  4. abinabil says:

    assalamualaikom….pohon izin bagi mengamalkan doa ini…..terima kasih

  5. intanlaila says:

    Salam, mg Allah mbrkati usaha anda.Amin & trima ksih

  6. Pingback: Doa Ayat Al Quran Tangani Kerenah Anak anak (via Doa Ayat dan Zikir) « Blog Archive « Blog Saya

  7. wan Rajipah says:

    Pak izin saya beramal dgn doa ini…mudahan dapat bantu anak2 saya ….aduh…sgtlah baik….pak…tq.

  8. Zainuddin Iskandar says:

    Terima kasih atas pengetahuan di atas. Semoga mendapat keberkatan dengan ilmu yang di sebarkan. Insyallah saya akan mengamalkan..

  9. mama says:

    Assalammualaikum…terima kasih.izinkan saya menggunakan amalan ini…semoga diberkati Allah Swt..Doakan anak-anak saya tergolong dalam golongan orang yang beriman dan bertakwa..di Jalan yang benar…

  10. mamasha says:

    assalamualaikum

    sy ada 3 org ank….yg sulong tu lelaki, kedua perempuan dn yg bby lelaki bru 4 bln..sy kdg2 sedih jgk sbb nk tangani ank2 ni terutama ank no 1 n no 2…
    mrk bila kita ckp elok2 mrk lmbt bergerak….bila kita tinggi suara bru bergerak bila disuruh….tolong sy mama yg selalu keliru….

  11. intan liayana says:

    terima kasih di atas ilmu yg tidak terhingga ini….moga allah memberkati pakci…amin

  12. Abdullah says:

    Assalamualaikum. Mohon izin mengamalkan doa ini.

  13. Rafiza Ahmat says:

    M

    T kasih…mohon utk copy…moga mendapat rahmat dariNYA

  14. nas says:

    assalamu alaikum pak cik ijin copy

  15. hakim says:

    t.kasih…mohon untuk amal..

  16. terima kasih kerana berkongsi pengalaman ini dan izinkan saya untuk mengamalkannya untuk seisi keluarga saya dan mendapat berkat darinya. amin.

  17. baizura says:

    saya mohon keizinan utk mengamalkan
    nya seisi keluarga….

  18. leeza says:

    Mohon keizinan untuk diamalkan seisi keluarga dan kongsi bersama saudara seislam..

  19. nadiishak says:

    Saya mohon amalkan dan share dgn kawan2 ye pok cik

  20. ikk says:

    mohon izin mengamalkannya dan menyampaikan ilmu ini kpd org lain utk diamalkan..

  21. Alhamdulillah. Tk. Akan mengamalkan untuk ahli keluarga’ Semoga Allah memberi rahmatnya kepa anda. Amin

  22. yang mamerlukan. says:

    assalammualaikum, terima kasih dan alhamdulillah krn ditemukan dgn blog ini. … mohon sy mengamalkan amalan-amalan yg tersedia di blog yg bermanafaat ini.
    terima kasih.

  23. sunarti surani says:

    Mohon izin saya amalkan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s