Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib

Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib Tok Awang Ngah

Salam ramadhann dan keberkatan. Saya tergerak untuk menaip entri ini kerana untuk membuktikan entri sebelum ini bagi pelawat yang membaca blog saya dan meminta bukti di atas entri sebelumnya.

Dalam entri sebelumnya saya menyatakan bahawa Tok Awang Ngah, penulis novel Siri Berkelahi dengan Syaitan itu mempunyai ayat kunci bagi menembusi alam ghaib secara terawangan+meragasukma. Ayat kunci tersebut dapat kita kesan dalam kebanyakan novel-novelnya. Ayat tersebut ialah:

Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tihawallati lamtamut fi-manamiha fayumsikullati qodho ‘alaihalmau-tawayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la ayatin liqaumin yatafakkarun.

Saya pernah cuba mengesan keberadaan ayat ini dalam AL QURAN sewaktu saya masih bersekolah suatu ketika dahulu. Memang saya menemuinya. Saya terlupa ayat dalam Surah apa. Kalau tidak salah dalam Surah Al Anbiya’ atau Al-An’am. Namun ayat tersebut ada dalam AL QURAN dan tepat sebutannya. Jadi Ayat kunci TAN ialah ayat AL QURAN. Contoh penggunaann ayat kunci tersebut diceritakan oleh TAN dalam novel “Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh” halaman 47. Ketika itu TAN merasa dadanya sakit (amat jarang diceritakan TAN mengalami gangguan hingga terlantar sakit seketika-sewaktu saya membaca novel ini pertama kalinya, saya terkejut juga kerana memandangkan TAN ‘sukar ditembusi’ oleh mana-mana gangguan. Dalam novel ini TAN mengalami setelah mengubati satu kes gangguan sehingga menyebabkan TAN terbaring.

Setelah dibaringkan di tempat tidur , saya tolak lidah pada langit-langit. Tiga kali saya tolak lidah hingga langit-langit merasa geli. Kemudian saya memberi isyarat kepada isteri supaya lap dada dengan tuala dibasahkan air panas itu. Sewaktu isteri saya lap dada saya terus sahaja saya berselawat jauh di lubuk hati sampai 100x. Selepas saya membaca Allahuyatawaffal anfusahina…

Lama kelamaan terasa tenang seolah-olah saya berbaring di kawasan pendalaman. Hanya elusan angin sahaja kedengaran di sekliling dengan wapp sejuk yang menusuk. Tetapi angin sejuk itu tidak menganggu saya. Tatkala saya mendengar nama saya diseru segera saya membuka mata memerhati ke arah lelaki berkulit cerah tercegat di hadapan. Dia merenung wajah saya dengan melirik senyum…..

Bagi membaca kisah ini boleh rujuk novel “Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh”.

Ayat kunci tersebut bukan dibaca tatkala TAN diserang malah ketika mahu memulakan zikir tatkala menziarahi sanak saudara atau kenala yang menderita sakit yang melarat.

Namun demikian terdapat juga ketikanya TAN tidak membaca ayat kunci tersebut. Dalam novel “Berkelahi Lawan Syaitan” (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)muka surat 17,

Kak Upik berpaling ke arah Pak Gumil yang sedang menggenggam dua tangannya. Dia (Kak Upik) tiba-tiba terkejut bila Pak Gumil menepuk tangan. Saya tidak peduli lagi kak Upik di depan saya terlenggok-lenggok. Ketika ini saya terus berzikir hingga terasa seluruh badan menjadi cair seolah-olah debu yang tidak berguna lagi. Saya merasa terhumban jauh ke dalam kebun manggis yang dipenuhi belukar tidak bertebas. Seberkas kayu api tersandar pada….

Dalam novel yang sama pada halaman 154 TAN menceritakan saat merawat anaknya Fitriati yang mengalami gangguan akibat di uji oleh bomoh siluman di Bukit Tinggi, TAN juga tidak menggunakan ayat kunci tersebut. Sebaliknya TAN merenung tajam ke dalam mata anaknya lalu membacakan ayat-ayat AL QURAN sehingga siluman tersebut menyerah kalah (melalui suara Fitriati).

Tidak ada yang perlu saya bimbangkan lagi. Pengalaman semasa di Malaysia amat berguna ketika ini. Saya berdiri dalam bulatan cahaya antara penglihatan alam malakum, alam jibrun dan alam zuk. Saya mencari lembaga hitam berbulu yang ditakuti Fitriati hingga menganggunya. Ketika itu lembaga berkenaan sudah terasak pada tebing jeram, dengan Mamak Bandaro (Tan Sri A Samad Idris)mengancamnya. Dia mengeleng-ngeleng kepala setiap kali cuba mendekatinya tetapi tergalang oleh batu-batu jeram yang besar. Apabila saya memecahkan batu jeram dia tidak dapat lagi bersembunyi dari ancaman MamakBandaro. “Pak Jauhkan orang ini…”lembaga hitam berbulu itu menuding ke arah saya tetapi menunduk tidak berani menatap muka saya. Belum sempat Mamak Bandaro menyahut saya sudah melontarnya ke dalam api menyala di semua kawasan jeram. Jeritnya saja bergema hingga tenggelam dalam api menyala.

Selepas itu, TAN dan Mamak Bandaro kembali ke alam nyata tersandar di rumah.

Contoh di atas hanyalah secebis pengalaman TAN dalam mendepani sebarang gangguan makhluk halus atau ghaib. Gangguan jin/syaitan serta ujian-ujian orang melalui amalan sihir bukanlah suatu dongeng, suatu khuarafat, tahyul dan omong kosong. Malah secara rukyah pun dapat mendeteksi gangguan pada manusia juga secara lainnya. Gangguan tersebut menyebabkan manusia berasa terganggu hidupnya bukan sahaja dari aspek gangguan fikiran dan penampakan gangguan malah juga gangguan jiwa, keluarga berantakan dan tidka dapat bersama juga perubahan tingkah laku yang agresif tanpa dapat dikawal.

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menceritakan secara berlapik (tanpa menyertakan maklumat benar, nama, peribadi)bebarapa orang yang saya berikhtiar merawatnya menggunakan gabungan kaedah Al-Quran dan nur bagi membuktikan lagi pernyataan saya itu bukanlah suatu ketaksuban kepada alam mistik. Terutama kepada pembaca blog ini yang juga sahabat saya yang memerli saya dan memandang rendah ikhtiar kita membantu menangani masalah gangguan kasat mata ini.

Apakah lekeh permohonan ini:

A’uzu bikamin hama zatisysyatin wa’ a’uzubika min ab yahdhurun.

Yang Allah ajar kepada Muhammad SAW dalam Al Quran?.

Apakah lekeh peringatan Allah dalam Surah Yassin yang menyatakan betapa syaitan itu musuh yang nyata bagi kita manusia?

Apakah sikap kita terhadap musuh ialah memerli saudara kita yang berkhidtmat membantu masyarakat seagama melawan dan menolak tipudaya dan gangguan musuh yang nyata ini?

Perbuatan memerli ini mengingatkan saya kepada sikap kaum Quraisy yang mengejek-ejek nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan wahyu Allah yang bersifat ghaibiah.

Saya bukannya nabi dan rasul tetapi saya menyedari bahawa syaitan dan jin yang jahat menganggu harus ditolak dan dikhtiar untuk melepaskan diri daripada belitan mereka.

Bagi kawan saya yang banyak membaca buku ilmiah dan membaca blog ini saya nasihatkan tafakurlah sedalam-dalamnya. Bukan suruh percaya tetapi sekurang-kurangnya hormatilah saudara seagama yang lain-Belum tentu sejuta ilmu kita tahu dan kita lebih daripada sejuta orang. Hal ini kerana hanya cukup seorang yang lebih tahu satu ilmu yang kita tidak tahu menjadikan kita lebih rendah kedudukan daripadanya dalam bahagian ilmu berkenaan. Cukup menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa mahu berfikir.

About these ads

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib

  1. Kurakura says:

    Salam kepada penulis blog ini, sepertinya saudara banyak mengetahui tentang latar belakang TAN. Saya juga peminat novel yg ditulis oleh beliau bahkan ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Adakah saudara boleh kongsikan kepada saya maklumat tebtang beliau?

  2. Hashim says:

    Assalamua’laikom……….. Saya baru terjumpa laman web ini…….., bolehkah saya mengenali Tuan penulis blog ini dengan lebih lanjut…….!!??

  3. Amirul H Amran says:

    Ayat dirujuk ie. “Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tiha … inna fi-zalika la ayatin liqaumin yatafakkarun.” merujuk ayat 42, surah Zumar.

  4. azizi says:

    salam…kunci alam ghaib yg sbenar,spe pmegang nye?…..adakah ratu iblis tlh ditnam dulu?…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s