mendoakan orang baru balik haji

MENDO`AKAN ORANG BARU BALIK HAJI

Di antara akhlak mulia yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ialah sikap amat suka memberi kegembiraan kepada orang lain, termasuklah mendoakan orang.

Banyak hadis yang menceritakan tentang akhlak mulia Baginda dan salah satu daripadanya ialah mengenai kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan amal ibadat haji.

Imam As-Suyuti dalam buku al-Fatawanya merakamkan sebuah riwayat Ibnu as-Sunni dan At-Thabarani yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bertemu dengan Baginda yang baru kembali daripada mengerjakan ibadat haji, lalu Baginda berkata yang maksudnya :

Semoga (Allah) menerima ibadat hajimu dan mengampunkan dosamu, serta mengganti semula perbelanjaanmu”.

Apa yang telah dilakukan oleh Baginda ini telah dicontoh-teladani oleh sahabat yang bernama Abdullah ibnu Umar, iaitu dengan mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan haji sebagaimana yang diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam sunannya, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dia akan berkata yang maksudnya :

“Wahai anak, semoga Allah menerima hajimu, dan membesarkan ganjaran pahalamu, dan menggantikan perbelanjaanmu”

Kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru kembali menunaikan ibadat haji adalah sebagai tanda kecintaan terhadap orang Islam yang telah mendapat limpah kurnia daripada Allah dalam melaksanakan rukun Islam dan pada masa yang sama orang berkenaan baru saja menjadi tetamu Allah Ta`ala : Dia juga dianggap sebagai orang yang baru dilahirkan tanpa dosa sekiranya hajinya itu mabrur. Orang seperti ini memang sudah selayaknya diberi kegembiraan dengan menyambut kepulangannya dengan sambutan yang boleh menggembirakannya sebagaimana yang dilakukan Baginda.

Sememangnya saat-saat kepulangan jemaah haji ke kampung halaman dan ke pangkuan keluarga dengan selamat dari tanah suci setelah selesai menunaikan ibadat haji merupakan saat-saat yang amat menggembirakan berbagai pihak.

Mereka yang kembali merasa gembira kerana telah berjaya menempuh perjalanan yang jauh yang diwarnai oleh berbagai cabaran dan dugaan dan kerana telah selamat dapat menunaikan ibadat haji yang merupakan salah satu rukun Islam, di samping kerana telah dapat kembali ke kampung halaman dan pangkuan keluarga.

Manakala masyarakat Islam dan keluarga mereka turut merasa gembira kerana telah dapat bertemu semula sesama mereka selepas hampir sebulan atau lebih pergi meninggalkan mereka menjadi tetamuNya di tanah suci.

Di saat-saat kegembiraan seperti ini tentu berbagai sambutan akan diadakan dan beraneka acara akan diaturkan, termasuklah mengadakan doa selamat atau kesyukuran.

Sesuai dengan dasar pengamalan dalam Islam bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik, maka eloklah bagi setiap orang Islam yang menyambut atau baru bertemu dengan orang yang baru kembali daripada menunaikan ibadah haji supaya bersikap sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah itu.

Di samping itu adalah sunat melakukan tiga perkara berikut : mengucapkan salam kepada mereka, menjabat tangan mereka dan meminta agar mereka sudi berdoa meminta dosa-dosa kita diampunkan sebagaimana hadir berikut yang maksudnya :

“Apabila engkau menemui orang haji, ucapkanlah salam kepadanya dan jabatlah tangannya serta suruhlah dia berdoa supaya engkau diberi keampunan sebelum dia masuk ke dalam rumahnya, kerana sesungguhnya diberi kampunan baginya. (Kan al-Ummal, 5.4).

About these ads

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s