Doa Haikal dan khasiatnya



Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.

Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad

Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);

2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;

3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;

4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;

5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;

6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan

7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Untuk rujukan anda boleh download doa tersebut yang telah di simpan dalam format PDF melalui butang download di bawah ini. Semoga mendapat faedah dan pengajaran kepada kita semua. Insya Allah.

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

38 Responses to Doa Haikal dan khasiatnya

  1. wiex says:

    cara mengamalkannya gmn?

    • ibnu siddiqq says:

      cara mengamalkannya gampang hanya membaca doa haikal 1 – 7 di baca harus rutin setelah sholat maghrib dan ingat harus sebanyak 777 kali

  2. amir says:

    Salam.Banyak tlh dibaca tentng khasiat Doa Haikal,Jika tk keberatan,minta jelaskn khasiat yg ada pada Doa Akashah.Belum prnah trjumpa tentang khasiat amalan nya.Terima kasih

  3. pakcikli00 says:

    Waalaikumusalam

    Tuan Amir, sila klik pautan dibawah ini untuk penerangan doa Akashah:

    http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/12/03/doa-akashah/

    Terima kseh.

  4. wan kamarul says:

    beramal lah

  5. khairi says:

    salam…….mohon izin mengamalkan ayat ini.

  6. naz says:

    Mana riwayat,perawi dan sanad Hadith dari Rasulullah S.A.W ni bro?
    Aku pon amalkan doa ini,tapi kalau tahu status Hadith ni lagi oomph lah. Tak was was.
    Sebab aku pernah dgr Rasulullah memberi amaran akan org yg meng ada adakan hadith ciptaan sendiri tapi ,menggunakan nama Rasulullah S.A.W akan buruk akibat nya.

    Pegangan kita mesti bersandarkn Al Quran dan Hadith yg sohihM, baru betul. Itu pesan Rasulullah S.A.W.
    Minta maaf banyak2. Bukan niat untuk mengajar lak, tapi aku takut lah.

  7. anggitz says:

    ijin copy paste di blog saya ya gan….nice posting,,sangat bermanfaat…

  8. abu fateh says:

    hadis palsu tu bang.harap rujuk pakar hadis sebelum muatkan sesuatu hadis dalam blog anda.haram hukumnya menyampaikan hadis palsu tanpa menerangkan kepalsuannya.

  9. hafiz says:

    Mhn izin mengamalkan dan mengcopy ayat ini

  10. hafiz says:

    Mhn izin mengamalkan dan mengcopy seluruh ayat ayat didalam blog ini, trims

  11. haikal says:

    salam
    saya ingin download doa haikal ni tapi tak nampak butang download yg dikatakan

  12. sawada says:

    kt mane nk download doa ni?

  13. cara untuk ijazah dia macam mana??

  14. Natasha says:

    Betul-betul sahih ke hadis ni? Apabila sampai ke ayat ‘Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat)…’ jadi was was la pulak. Bukankah Rasulullah SAW melarang memakai apa-apa tangkal atau rantai walaupun al-Quran kecil? Bukankah syirik?
    Minta maaf, bukan nak syak apa, tapi mohon mintak bukti kesahihan hadis ini sebelum apa-apa, ya..
    Mintak maaf…

  15. mohamed noor says:

    Assalamualaikum semua…ulama qhilaf tentang kelebihan yg diperkatakan orang tentang ayat ini. secara peribadi saya telah amal kan membaca ayat ini bertahun2 lama nya.sehingga saya menghafal nya. terus terang saya katakan saya membaca nya kerana ianya adalah ayat alquran.

  16. Noor says:

    Assalamualaikum semua. Saya ni bukan lah pakar didalam agama akan tetapi ingin saya kongsi pengalaman saya yg telah berumur 53 tahun. Ibu saya telah memberi hadiah semasa hari perkahwinan saya 22 tahun yang lalu sebuah ‘khatam al-quran’ dimana didalamnya tertulis semua ayat2 al-quran termasuk hadith dan khasiat tiap2 yang di terbitkan didalam ‘khatam al-quran’. Di dalam nya di beberapa muka surat terakhir ada doa Hikal. Tuan2 dan Puan2 boleh cuba membelinya dimana2 kedai buku agama dan baca dan lihat lah sendiri kesahihannya.

    Bagi saya secara peribadi penulis ini amat baik hati untuk berkongsi sesama kita ilmu pengetahuannya dengan saudara-saudari semua. Pengalaman hidup saya secara ringkas, selain solat, membaca ayat-ayat Al-Quran, berzakat etc. dengan nama Allah s.w.t. memang berkesan sungguh dan telah menghindari saya dan keluarga dari maha bencana/musibah dan sebagainya selain dari mendapat penghormatan dari bukan sahaha saudara sesama Islam malah dari semua bangsa yang pernah saya kenali melalui pekerjaan dan hidup seharian. Insyaallah, tawakal kepada Allah yang memelihara kami sekeluarga dan sanak saudara serta jiran tetangga. Amalkan dulu Insyaallah dan anda tidak akan percaya kehebatan dan kemuliaan Allah s.w.t.

    Allahualam. Hamba Allah

  17. zul says:

    cmne nk dowmload ni…xde jmpa pub button download…mnta izin nk amalkn ayat ni…

  18. Pingback: kridae

  19. Aida86 says:

    tidak rugi beramal dengan doa tersebut..tetapi amal jangan sampai menjadi syirik dan kufur..beramallah dengan ayat2 Allah kerana yakin dan percaya bahawa Allah berkuasa mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku..sama ada mengelakkan keburukan mahupun mendatangkan kebaikan..bukan beramal semata-mata taqlid buta..belajarlah untuk mengambil iktibar atas segala kejadian yang berlaku..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kandungan ayat2(tanda2 kekuasaan)-NYA..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..daripada sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar zarah..ingatlah..solat (yang baik dan sempurna + doa) itu mencegah perbuatan keji dan mungkar..insya-Allah..

  20. Mohd Zairil Faizal says:

    Hadis palsu. Tiada ASAP usual daripada Rasulullah saw. Waspada dgn Dajai pembawa hadith palsu..!

    Rasulullah saw bersabda:
    “Pada akhir zaman nanti, akan ada para DAJJAL lagi PENDUSTA. Mereka membawakan kepada kamu Hadith2 (Palsu) yang tidak pernah kamu dan bapak kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati2 dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar).”

    -Riwayat Imam Muslim 1/12

  21. Mohd Zairil Faizal says:

    Waspada dgn Dajai pembawa hadith palsu..!

    Rasulullah saw bersabda:
    “Pada akhir zaman nanti, akan ada para DAJJAL lagi PENDUSTA. Mereka membawakan kepada kamu Hadith2 (Palsu) yang tidak pernah kamu dan bapak kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati2 dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar).”

    -Riwayat Imam Muslim 1/12

  22. pakcikli00 says:

    Apa salah amalkan kerana Allah. Jangan ambil Islam kerana sesuatu yg lain

  23. den says:

    doa ni dan khasiatnya ada dalam muka surat akhir buku surah yasin lama. kulitnya tebal bersalut plastik dengan tulisan warna emas atau perak.

  24. matt says:

    Kepada sesiapa yang tidak yakin baik x payah buat. Klu setakat menghafal sahaja x menjadi. Yang penting yakin dengan amalan kita. Saya sudah melihat sendiri khasiat doa ini. Masa itu mmg antara hidup dan mati. Kita hanya berikhtiar. Terpulanglah pada individu untuk mempercayainya atau tidak.

  25. Bagi saya membaca doa-doa yang berasal dari Al Quran justru sangat baik, terlepas apapun pahalanya.

  26. Ikhwanhadi says:

    izinkan saya mengambil dan mengamalkan, dan izinkan saya untuk melebarkan lagi ilmu ini untuk pengetahuan orang islam bersama semoga mendapat manfaat insyaallah.. begitu jua kepada tuan.. amin..

  27. Saripah Nur Diana Binti Sarih Non says:

    Info Terbaiiiiik…

  28. Saripah Nur Diana Binti Sarih Non says:

    Sekadar berkongsi…saya dah pergi berubat byk tmpt perubatan islam akibat daripada gangguan makhluk halus. Ada rakan2 bgtau amalkan al maksurat, yasin..saya amalkan. Alhamdulillah…berkesan tp xblh kalau xbaca dlm 2,3 hari saya akan rasa ada gangguan. Baru-baru ini dinasihatkan oleh seorg hamba Allah s.w.t. amalkan doa haikal dan diterangnya kelebihannya sekali. Khasiatnya amatlah baik. Katanya doa ini cuma ada dalam surah yasin lama. Sama mcm pendapat pakcik diatas. Saya sudah mencari ayt haikal 1-7 di dalam Al Quran dan menandanya. InsyaAllah…saya akan amalkan..

  29. aman says:

    penerangan ustaz azhar tentang doa haikal

  30. aryan says:

    mana link download doa haikalnya

  31. ahmad saini says:

    termasuk faedahnya jika d bca berjamaah dengan niat untuk benteng diri akan nampak dalam jama`ah tersebut siapa2 yg mengamal kan ilmu hitam atau orang yg ada pda drinya jin2 jahat,,,dia akan terasa skit kepala dan susah hatinya ktka membaca atau mendengar dua haikal

  32. abahbibah says:

    assalamualaikum pakcik
    saya dari indonesia,kalimantan, saya sangat senang dengan pakcik yang berbagi ilmu dan pengalaman sesama saudara muslim, semoga pakcik dan saudara kita yang mengamalkannya dapat ganjaran pahala yang besar dari allah swt, amin.
    maaf pakcik, saye nak tanya adakah kiranya amalan yang bisa membuka mata batin saya, agar dapat berkumunikasi/bercakap dengan makhluk gaib, karena saya sering merasakan kehadiran makhluk gaib disekitar saya, sperti merinding bulu kuduk, badan terasa bergetar, tapi saya tak dapat melihat mereka, mohon pakcik bermurah hati memberikan saya amalan agar dapat melihat mahkluk gaib dan dapat bercakap dengan mereka.
    amalan apa saja boleh, puasa 3/7 juga boleh.
    atas jawabannya saya ucapkan terima kasih.
    wassalam.

  33. deen says:

    x payah tgok hadithnya tu. yg penting rangkaian ayat quran tu. tak kan ayat quran x boleh di amal, drpd amal jampi serapah. tentu quran lebih baik. dah amal doa haikal, ianya ok. qalamullah la katakan. x diragukan. anda bagaimana?

  34. hamba Allah says:

    salam..maaf sy bru sedar kesilapan sy dlm beramal..byk amalan sy sebelum ni hnya ikut ustaz@sheikh tp sebenarnya ia bukan dari Nabi Muhammad s.a.w…samela kes cam doa haikal ni..takot di akhirat nti amalan kita x diterima krn ia bukan amalan ibadah yg dibuat oleh Nabi Muhammad..mampukah kita dpt syafaat Nabi jika amalan kita x ikut cara Nabi?

  35. adi aryansyah says:

    Mohon izin mendownlod

  36. asnu says:

    m0hon ijin mengamalkannya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s