Ayat Kaf 40



Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.

Kaifiat Amalan

Amalan sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat

Kaifiatnya seperti berikut :

 Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.

 Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.

 Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.

 Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.

 Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)

 Memasang bau-bauan yang wangi.

 Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.

 Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh

Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :

(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.

(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.

(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.

(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.

(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.

(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.

(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.

(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh

(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.

(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.

(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.

(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.

(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.

(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.

(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.

(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :

a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).

b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).

c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).

a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.

b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah

c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.

(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.

(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.

(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.

(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.

Versi kedua kaf 40

Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya :

كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)

“ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).

Penutup

Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

81 Responses to Ayat Kaf 40

  1. Mat jusoh Daud says:

    salam tuan,
    Minta izin bagi saya mengamalkan ayat ini yang amat besar faedahnya. Terima kasih.

  2. RIN says:

    MINTAK IZIN MENGAMALKANNYE

  3. iskandar@syafrizal says:

    salam,
    saya pun ingin minta izin mengunakannya,
    teringin sangat nk jumpa empuya@penulis
    eastsyaf@yahoo.com
    iskandar@syafrizal

  4. muhamad says:

    saya minta izin dari pihak tuan untuk mengamalkannya,

  5. mirul says:

    salam saudara… mohon izin mengamalkan ayat ini. semoga menjadi amal jariah buat saudara

  6. saleem says:

    saya minta izin untuk mengamalkan ayat ini..insya-allah..

  7. wan terung 79 says:

    salam tuan, mohon kebenaran dan keizinan untuk mengamalkan ayat ixi mengikut khalwatnya. sekian terima kasih

  8. Alisya says:

    salam tuan,
    Mohon izin bagi saya mengamalkan ayat ini yang amat besar faedahnya.
    Terima kasih.

  9. penentang says:

    ‘Assalamu`alaikum ….

    Salamun qawlam mirrobir rohim ..

    Kaf 40 yang berarti 40 arti dari huruf Kaf.
    Huruf Alif saja kita belum juga paham. nak ke huruf KAF Masya Allah
    jangan di pakai sembarang
    Kaf turun dari ‘ARSY
    Tak ada istilah Kaf 50 ( ini penambahan sahaja dari orang yang tak tau makna kaf )
    Huruf Kaf hanya mempunyai 40 arti maka disebut KAF 40 yang semua nya terdapat dalam diri kita sendiri

    KAF 40 jika di baca adalah gerbang Ghoib… jenis ghoib apa pun masuk mau yang bathil(kafir) maupun haq ( nur) /// jika anda baca anda tau yang masuk ke dalam diri anda siapa? bathil atau Haq

    ciri asli KAF 40 yaitu mempunyai 40 huruf K

    Kaf…
    Kaffa
    Ka Robbuka
    Kamya Kafi
    Kawa Kinatan
    Kifka Puha … contoh : sudah 10 huruf K

    Jika kurang maka hati-hati … anda dalam kesesatan

    *> koment saya ini cobalah dicari kebenarannya kepada para ulama yang paling tidak tau maqom Al- FATIHAH pada wudhu anda

    • zikri@dee says:

      sila tulis ayat penuh sampai akhir cz nk buat perbandingan..(penentang berkata)

      • hj shamsurie says:

        yg haq telah dtg dan yg batil telah musnah.sesungguhnya yg batil itu pasti akan musnah.dan kami turunkn dari al quran sesuatu yg menjadi penawar dan rahmat bg org2 yg beriman.dan al quran tidak akn mnambah kpd org2yg bbuat aniaya mlainkn hanya kerugian. IGT SAUDARAKU, BAHAWA SYAITAN TIDAK AKAN PERNAH PUTUS ASA UTK MNYESATKN MANUSIA(KETURUNAN NABI ADAM A.S. JIKA AYAT KAF INI TERTULIS DIDALAM AL QURAN,JD KTE JGN RAGU2 MNGAMALKNNYA.SEKIAN TRIMA KASIH.

    • Neo Iskandar says:

      assalamualaikum semua ,

      dlm setiap entri yg dihantar oleh saudara webmaster mempunyai kepelbagaian khasiat utk diamalkan . namun ada juga yg bersifat lebih cerdik rupanya . jika saudara penentang ang lmempunyai pandangan sedemikian , menunjukkan saudara sendiri tercari2 ilmu yg terbentang luas sehinggakan terpaksa mengakses web site ini utk mencrnya .

      pasti tinggi ilmu saudara penentang, sehingga terpaksa masuk web site ini utk mencr ilmu di masa yg menimbulkan konfrantasi di kalangan pengunjung setiap web ini . web ini diasaskan oleh webmaster bg memudahkan ilmu yg ada padanya disebarkan melalui penulisan blog .

      jika di lihat buku2 serta kitabnya semasa saya berada di rumahnya di seberang pasti sedih kerana kebanyakan rujukan yg ada sudah dimamah usia serta menjd santapan anai2 . webmaster dgn inisiatifnya tersendiri telah back 2 school belajar dlm it serta membina laman blog ini sendiri tanpa pertolongan sesaper sekali pun . serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri utk mengawal selia semua blog yg ada di mana mencecah top 10 dlm wordpress . xsemua org mampu . tp kerana xmahu ilmu yg ada padanya beliau berkorban .

      xsemua pengunjung blog ini kenal akan saudara webmaster , saya pun masih kecil berbanding saudara penentang pun masih cetek dlm ilmu yg ada padanya . xsalah bertanya mahupun berdebat, tp harus diingat lidah kadang kala sgt masin rasanya tp pahit ditelan . namun pabila ilmu , lebih susah , maka lebih tenang pabila sudah dpt . wallahualam .

      maaf n salam kemaafan dihulurkan , pertama kali komen dlm blog ini . tq n wassalam .

  10. hisyam says:

    salam tuan,
    Minta izin bagi saya mengamalkan ayat ini yang amat besar faedahnya. Terima kasih

  11. mohd azhari says:

    salam tuan,
    saya memohon izin untuk mengamalkan ayat ini.Terima Kasih.

  12. Mohd Ray says:

    Salam,Tuan,Izankan saya untuk amalkan ayat ini. Terima Kasih,

  13. Abdul Karim says:

    Asalamulaikum Sdra.Teringin jua saya mahu mengamalkankan ayat2 ini,mudah2han akan mendapat keberkatan dan menfaat untuk kita semua yang baik datang dari Allah semua dan yang tidak baik itu datang nya dari kita hamba2nya kita ,dan mari kita sama2 doa agar kita hanya mendapat yang baik2 saje,,Amin.
    Akhir kata izinkan saya amalkan ayat2 berkenaan Terima Kaseh.

  14. hj shamsurie says:

    aslmkm.jika saudara dan saudari disini tg mengamalkn kaf 40 ni,sape dikalangan anda yg rasa berjaya dan rasa kehebatannya.minta izin pd kalian sy ingin mengetes ilmu yg kalian belajar atas kalian mengamalkn kaf 40 ini.bkn niat utk mganaya,tp sy hendak lihat jika benar dgn kaf40 ini anda bleh mjadi kebal.sy pngamal perubatan yg mengamalkn ayat suci al quran(kebatinan)sekian terima kasih.

    • azlin says:

      kenapa hj semangat sgt nak mgetes org. nie..nmpknye hj lupa agaknya bahawa “Tiada daya upaya kita melainkan Allah” mungkin hj yg silap pandangan kerana memandang kebal itu dr mengamalkan kaf 40, sedangkan org yg mengamalkan kaf ini pun berpegang kpd Allah semata2 dan berlaku kebal kerana kehendak Allah. Muhasabah diri hj… kdg2 secara tidak sedar kita riak..kerana merasa diri lebih hebat dr org lain.. sbb tulah kita rasa boleh mgetes org lain..org yg tiada hebat dlm diri dia tidak akan menguji org lain..

  15. Wan says:

    Saya mohon izin mengambil dan mengamalkannya mana-mana doa yang telah dan akan saya ambil. terima ksih

  16. hashim says:

    As’salam,tuan saya amat berminat untuk belajar dan menerima amalan ini.muga2 mendapat jawapan dari pihak tuan.wasalam

  17. penentang says:

    kaf 40 terdapat 40 huruf kaf

    jika memang ada 40 huruf kaf maka anda benar jika tidak maka saya tak jamin itu kebanarannya
    maaf tuan saya bukan nak tentang….

    hal yang ke 2
    arti kaf 40 itu apa ?
    tanya lah pada diri sejati anda maka akan dapat kebenarannya…..

    salam cahaya

  18. Roslee says:

    Assalamualaikum pada yang berminat pada ayat Qaf 40

    Saya syarankan pada saudara2,kalau mahu ambil ayat Qaf 40,sebaik-baiknya bersemuka pada orangnya.Kerana kita tahu siapa yang menurunkan ayat Qaf 40 di Internet dan juga kita tidak tahu akidah dan tauhid orang yang menurunkan ayat ini.Dikhuatiri yang menurunkan ayat Qaf 40 ni ada khadam jin nanti binasa dan rosak kelak diri,qalbu dan roh kita.

    Wassalam
    Roslee

  19. Yoga says:

    Assalamualaikum ? Ustad Mohon idzin untuk mengamalkan nya ,,, Jazakumulloh khairon katsiroo ,,,

  20. muhammad amirul syafiq says:

    salam .. tuan…
    saya memintak izin untuk mengamal kan ayat kaf 40 ni..

  21. abd. juhan says:

    askm…sya minta izin utk mngmalkn ayat kaf ini…

  22. Ramli says:

    Assalamualaikum,

    Setiap ayat/amalan harus ada sejarah nya. Tak masalah kalau itu bukan amalan asal nya dari Nabi SAW selama tidak mengandungi hal2 syirik.

    Nabi SAW pernah ditanyakan tentang mengamalkan jampi/bacaan. Nabi berkata tidak mengapa jika tidak mengandungi hal2 syirik. (Hadith riwayat siapa saya lupa tapi boleh cari)

    Artinya apapun yang kita amalkan bukan dari Nabi SAW seperti selawat syifa’, selawat nariyah dan lain2 boleh diamalkan selama tidak mengarah kepada syirik. (Nabi SAW hanya mengajarkan selawat Ibrahimiah)

    Hal syirik boleh terjadi bukan saja dari ayat yang dibaca tapi niat dan perbuatan boleh menyebabkan syirik. Contohnya berniat kalau selawat syifa boleh menyembuhkan. (Yang menyembuhkan hanya Allah)

    Boleh juga berniat kalau amalan berpuasa sebelum mengamalkan sesuatu itu dianggap boleh memanjurkan sesuatu ilmu. Sedangkan berpuasa itu tujuannya mendekatkan diri pada allah dari beberapa aspek puasa itu sendiri seperti meredam nafsu, dan lain2.

    Beramal dengan sesuatu yang tidak kita fahami maksud ayat itu adalah kesalahan besar. Kerana beramal tanpa ilmu itu adalah kesesatan yang nyata. (tidak faham arti/maksud ayat adalah tanpa ilmu)

    Jadi kesimpulan di sini beramal dengan hal2 yang tidak mengarah kepada syirik dan beramal dengan ilmu dan bukan mengamalkan sesuatu tanpa mengetahui arti/maksud ayat yang dibaca.

    Sekian wassalam.

  23. ghazali Alsagodd says:

    saya minta izin dari pihak tuan untuk mengamalkannya,

  24. hadiq crew says:

    bodo klau spe percaya!!!!!!!!!!!!!!! jgn ikowt pengaruh syaitan!! mereka nie celaka!!!!!!!!!!!! atok aq aja pown xde cam nie……………

    • pakcikli00 says:

      hadiq crew

      Sebagai seorang yang jahil dan tidak beriman tentang ayat ayat suci tuhan anda serta mereka pemberi komentar yang tidak beriman mengenai ayat tuhan di ruangan ini tidak perlu menggugat kepercayaan mereka yang lain mengenai ayat ayat suci tuhan disebakan kejahilan anda mengenainya.

      Berikut adalah salinan komentar saya di weblog saya Jalan Akhirat mengenai ayat Kaf 40 terhadap mereka yang mendusta ayat tuhan tersebut untuk anda memahami mengenai ayat ayat cuci tuhan.

      Terdapat komentar di ruangan ini yang tidak berpuas hati dengan intri Ayat Kaf 40 di atas. Disamping membuat tuduhan tuduhan yang liar tidak kurang juga komentar yang menghukum dengan berbagai hukuman dengan alasan kerana ayat tersebut tidak terdapat dalam al Quran mau pun al hadis.

      Jika boleh saya tidak mahu menyatakan bab mengenai hakikat dalam komentar saya diweblog ini, tapi bila komentar mereka yang terlalu dangkal dan tidak beriman cuba mendustai ayat Allah akibat kejahilan mereka mengenai nama dan sifat Allah maka mahu tidak mahu saya terpaksa menyingkap sedikit rahsia Nama Allah untuk mempertahankan kesucian ayat Allah dan mereka yang memujiNya dari kejahatan mereka yang bersifat keji dan sombong.

      Perlu diingatkan selain kita mempercayai kitab al Quran serta Rasulullah saw kita juga wajib percaya kepada kitab Allah yang lain seperti Zabur, taurat dan Injil seta Rasulullah yang terdahulu darinya kerana itu adalah tuntutan kepada rukun iman yang perlu dihayati, untuk melayakkan kita menjadi orang yang beriman.

      Perlu saya tegaskan Ayat Kaf 40 di atas bukan ayat al Quran dan hadis Nabi saw. Bagaimana pun kita tidak pantas mencerca pengamal ayat diatas semata mata kerana ia bukan ayat al Quran.

      Wajiblah difahami walau pun ayat Kaf 40 di atas bukan ayat al Quran sekali pun tapi ianya maseh mempunyai huruf kalimah Allah yang mampu kita fahami jika kita beriman dengan setiap ayat ayat suci dari kitab Allah.

      Masalahnya mereka yang mendustai ayat Kaf 40 di atas macam hebat sangat mengenai ilmu al Quran, tapi huruf Alifnya pun tidak mereka kenali apa tah lagi ayat dan kalimahNya. komentar mereka yang mendustai ayat Kaf 40 diatas adalah sekadar menunjukan kejahilan serta sejauh mana mereka mengimani ayat ayat suci Allah. Jika sedemikian perlukah mereka menuduh orang lain yang memuji ayat ayat Allah khurafat dan sebagainya serta semudah itu pula menghukum dan mendusta Ayat Allah. Siapakah yang syirik sebenarnya ?.

      Perlu kita ketahui Allah swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para Nabi-NabiNya sebelum diturunkan al Quran, kemudian ditambah lagi 4 kitab iaitu taurat, Zabur, Injil dan al Quran sehingga keseluruhan jumlah kitab yang telah diturunkan-Nya adalah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu pula rahasianya adalah terhimpun didalam al Quranul karim, dan rahasia al Quranul karim itu pula rahasianya adalah terkandung didalam kalimah Allah.

      Nama Allah itu tidak akan lenyap, sebab Nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi sekalian para Malaikat, Zikir sekalian ungas, Zikir sekalian haiwan yang melata, Zikir sekalian tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari unsur alam yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir sekalian makhluk yang mendiami pada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit dan bumi. (rujuk al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat – 1).

      Ada pun zikir para sekalian makhluk Allah swt yang disebutkan di atas tidaklah sama loghatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

      Makna kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun hurufnya digugurkan satu persatu nilai maksudnya tidak akan pernah berkurangan, bahkan akan mengandung makna dan arti yang bertambah mendalam, dan mengandung rahsia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

      Allah itu jika jika ejaan hurufnya diArabkan maka Ia akan mempunyai huruf huruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya dari kalimahnya.

      • Gugurkan huruf kalimah allah yang pertama, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.

      • Gugurkan pula lagi huruf kedua pada kalimah Allah, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
      Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.

      • Seterusnya gugurkan huruf ketiga pada kalimah Alah, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu.
      Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.

      Kalimah HU ringkasnya dari kalimah HUWA, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :

      Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.

      Bagi ahli sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini adalah berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.

      Perhatikan pula beberapa pengguguran – pengguguran huruf perkataan kalimah Allah seperti dibawah ini :

      Perlulah diketahui jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (ل ) pertama dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).

      Kalimah ini AH tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.

      Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa disebutkan intaha (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (jika tidak faham bertanya kepada yang arif)

      Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya pada kalimah Allah, yaitu huruf ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.

      Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.

      Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).

      Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut makhluk Ada Zat Allah.

      Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.

      Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan dan buahnya.

      Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

      Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah datangnya Alam beserta isinya.

      Al-Quran yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatihah, dan Suratul Fatihah itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan teliti maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.

      Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

      Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.

      Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.

      LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

      Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.

      La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

      Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya maseh juga belum dapat difahami maka tanyakanlah kepada yang arif sebelum kita melemparkan berbagai tuduhan, jika kita tak berilmu janganlah berlagak sombong, kerana kita mengenali siapakan makhluk Allah yang bersifat sombong itu di muka bumi ini.

      Wasalam

  25. fahmi says:

    jgn amal sebarangan kaf 40 ni..pergilah berguru..doa nie panas

    • Shaifuddin Ibrahim says:

      Betul tu tuan cari guru yang arif dalam ilmu hakikat terima ijazah dengannya baru boleh diamalkan. Jangan amal sembarangan salah dari segi bacaannya, cari maksudnya dan sanadnya.Sama juga dengan ayat 4 amalan kiai sallah( selindang merah 13 mei ) Ne apatah kaf 40. Maksudnya kita tak tahu itu masalahnya siapa nak beramal boleh bukan tidak boleh tampa guru macam – macam boleh jadi
      haji Shaifuddin.

  26. Tunmamat says:

    Assalamualaikm warahmatullah hi wabarakatuh………..

  27. Azlan says:

    Salam Tuan… mintak izin gunakan ayat ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan. Halalkan Ok. Terima kasih dah lama saya cari ni.

  28. fairul says:

    assalam…pak cik takder wat kelas ngajor ker…ble berguru direct…….

  29. kamarul says:

    kamarul

    salam saudara… mohon izin mengamalkan ayat ini. semoga menjadi amal jariah buat saudara..amin

  30. fauzi says:

    saya minta izin mengamalkannya minta ijazahnya tuan

  31. shamsul says:

    izinkan saya mengamalkan segala ayat yang ada dalam blog ini. semoga kita sama-sama mendapat barakahnya

  32. Hamri says:

    As Salam..
    Saya meminta izin untuk mula mengamalkan ayat berkenaan untuk kebaikkan saya dan keluarga saya

  33. alaydrus says:

    Salam, minta izin untuk diamalkan ayat kaf 40 ini.Terima Kasih.

  34. nazri says:

    mohon kebenaran untuk mpelajari ayat kaf 40 ini,dan mohon di ijazahkan oleh tuan…

  35. Aqi Matkey says:

    salam….sye mohon izinkan sye amalkan nya

  36. orang biasa says:

    subhanallah……

  37. Qasim says:

    كفاك ربك كم يكفك وكفة
    كفكافها ككمين كنا من كلك
    تكر كرا ككر الكر في كبيد
    تهك مشكشكة كلك لك الكلك
    كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
    يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
    ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
    ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)

    “ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
    kifka fuha kakaminin kana min kalakin
    takirru karran kakarril karri fi kibidin
    tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
    kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
    ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
    kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
    kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).

    Dalam versi kedua yang jawi tu ك 55 ( dan yang rumi -(kaf 50). sebenarnya begini ? adakah yang rumi itu sama dengan yang jawi? saya kurang jelas.

  38. Abu Ebrahim says:

    Salam tuan,

    Minta izin jazah dan mengamalkannya …terima kasih

  39. fendy says:

    asslamualaikum tuan

    saya mohon izin untuk mengamalkan ayat kaf 40 ini..semoga amalan kalimah allah ini diberkati ..insyallah

  40. mikail says:

    assalamualaikum..saya ingin meminta izin untuk mengamalkan ayat ini

  41. Lariza says:

    Salam, minta izin untuk mengamalkannya ayat kaf 40 ini

  42. jabin says:

    assalamu alaikum wr wb saya mohon izin untuk mengamalkanya

  43. rizal says:

    minta izin mengamalkannya

  44. KHAIRUDIN says:

    Assalamualaikum,

    Saya meminta izin untuk mencari kebenaran tentang 40KAF ini maksudnya saya ingin menyelediknya dahulu ,

    APAKH ADA HADITH SAHIH TENTANG AYAT INI?

    salam brunei

  45. Nabil says:

    Salam, minta izin untuk mengamalkan doa ini

  46. niknasrul says:

    Assalamualaikum,
    Saya minta ijazah nak beramal.
    Minta no hp

  47. hamba faqir. says:

    asalamualaikum……boleh x syeikh tlg cerita kan asal hizib kaf 40….

  48. daeng materruk says:

    assalamualaikum…
    wahai umat akhir zaman berbuat sesuatu biar lah dgn ilmu
    jgn lah menyalah kan barang yg benar dan jgn pula membenar
    barang yg salah ..kaf 40 mungkin salah bagi kamu tapi benar bagi sy
    assalamualaikum

  49. nori says:

    As’salamualaikum mohon izin untuk beramal dengan 40 kaf semoga mendapat kebenaran dari pihak tuan. terima kasih

  50. hafiz says:

    ASSALAMMUALAIKUM’, MINTA IZIN MENGAMALKAN AYAT KAF 40, SEMOGA MEMBAWA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT AMIN..

  51. Bro RJ says:

    Assalam.. tuan …sy memohon keizinan dr pihak tuan untuk sy amal surah ini..terima kasih.

  52. zamri says:

    salam tn,minta izin diamalkan

  53. sharudin says:

    silahkan tlp 085249659667 untuk para pengamal kap 40

  54. ruhulhannan says:

    Salamun tuan…
    Jazakallah diatas usaha dan niat murni tuan bagi mendakwahkan ilmu allah.. malangnya ramai dari kalangan yang jahil dan taksub akan diri cuba bermain api dan ditipu daya dengan najis-najis iman.. syor saya yang masih dengkal ini sebaiknya permata-permata yang berharga sebegini tidak perlu sesekali tuan jajakan dipasar malam.. apalah maknanya ibarat meletakkan kalung dileher babi… hanya sekadar menimbulkan fitnah.. biarlah permata permata itu didapati dengan usaha gigih sipencari agar ianya mengecapi nikmat yang maha nikmat melalui kawalan dan bimbingan guru… sirr tetap menjadi sirr.. jika di awamkan maka menjadi fitnah… selagi sesuatu itu berhuruf dan bersuara ia adalah ilmu dan setinggi tinggi ilmu adalah diam…lahaulawaquwataillah billa.. Salamun.

    • pakcikli00 says:

      Waalakumusalam

      Tuan Ruhulhannan,

      Ayat Kaf 40 ini baru sekadar belajar menyebut nama Allah, walhal Allah swt itu perlu dikenali nama, sifat, afaal dan zatnya.

      Suka saya mengigati tuan pada hakikatnya ‘ Allah itu meliputi ‘ termasuklah di pasar malam, jadi hinakah mencari keredaan Allah di pasar malam ?..

      Dan tanggungjawab kita sebagai pengikut Nabi Muhammad saw adalah tidak lebih menghayati sifatnya iaitu menyampaikan amanah kebenaran dengan bijaksana.

      Tahap permulaan mengenal Allah itu adalah menyaksikan ‘ tiada tuhan melainkan Allah ‘. Apakah diam itu lebih tinggi dari ilmu Allah ?.

      Wasalam.

  55. ruhulhannan says:

    Hehehehehe.. tuan masih tidak kesampaian apa yg ingin sy maksudkn.. tidak mengapa tuan.. segala apa yang tuan katakan adalah benar.. tiada ada sebarang penafian dari sy walaupun setitik huruf allah dan tiada diamnya itu bermaksud perbandingan tinggi atau rendah bagi ilmu allah.. cume mungkin boleh dicari sedikit kebenaran didalam kebenaran.. itupun jika benar.. jika tidak abaikan… semoga usaha dan niat murni warissatul anbia tuan dirahmati allah hendaknya.. amin

  56. Hamba Allaah says:

    Nak pamer ilmu, adakah Nabi s.a.w, sahabat, salaf dan tabi’ut tabi’in mengajarkan seperti pakcikl00 …?
    WASPADALAH,,,,,,,, WASPADALAH,,,,,!!! SIRR TETAP SIRR,,,
    ALLAAH MAHA SIRR,,,
    Agama islam di dirikan atas hujjah,,,
    datangkakanlah HUJJAH nya,,,
    JANGAN BERDASARKAN ” KATANYA – KATANYA ”

    buat ruhulhannan,,, selain diam, ada satu lagi “SABAR dan THAWADHO”
    *** Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji’uun ***

  57. shaidatul says:

    Assalamualaikum…sekadar ingin berkongsi..saya pernah mendapat ayat ini daripada arwah pakcik…namun ayat ini tidak cukup kepada 40 kaf..masa tu umur saya lebih kurang 19 tahun…mengikut kata arwah, ayat ini agak panas dan hanya orang yg sesuai dan tertentu shj yg boleh mengamalkannya…benarlah kata arwah…sememangnya ayat ini panas…kepada yg tidak tahan dgn penggunaan ayat ini boleh menjadi gila isim…sebolehnya kepada yg ingin mengamalkannya perlulah dgn niat yg baik dan berumur 21thn ke atas..
    ayat ini terlalu mujarab…(yakin kepada Allah)..saya pernah terkena ‘cakaran pontianak’ kata org tua2 dahulu..cakaran tersebut akan menjadi merah serta berair dan bernanah..dibacakan ayat kaf 40 ini sebanyak 3x pada apa2 minyak..dan disapukan di tempat cakaran tersebut..insyaAllah akan menjadi sembuh serta merta…setelah berumur 30thn dgn izin Allah ayat kaf 40 ini telah saya temui (yg cukup 40 kaf), namun sy tidak mengamalkannya kerana xblh nk bawa..(panas)..hya terus mengamalkan yg diberikan oleh arwah pakcik shj..oleh itu kepada yang ingin mengamalkannya, lebih baik anda bertanya kepada yang pakar@ arif berkenaan ayat ini…

  58. gugun gunawan robraider says:

    Apaka hrs berzikir dlu atau puasa 3 hri

  59. kamarul nizam b jaafar says:

    Salam..mohon utk diamal kan dan digunak ilmu ini??

  60. ahmad says:

    assalamualaikum tuan tuan yang membicarakan tentang rahasia allah,semuanya benar,saya sepaham dengan tuan ruhulhannan siapa yang membuka suatu rahasia ketuhan dimuka umum maka tergolong kekupuran,mungkin kalau tidak salah,dan saya pun sependapat juga mungkin kepada pakcik,untuk menjelaskan kepada teman teman yang belum mengerti.terima kasih.dari saya ahmad albanjari,salam kenal buat tuan tuan,,,,,,,,,,,,wassalam

  61. abd karim bin bani says:

    as sakam izinkan saya untuk mengamalkannya

  62. zaimi says:

    salam…,mohon izin mgamalkannya….,klu sy dah bersedia…,wsalam…….

  63. rizal says:

    allamdullilah dapat juga saya bertemu dgn org … salah bukan org tapi Allah… inilah jalan sufi yang sebenar… semoga tuan dapat jalan keramahtuallah… amin. terima kasih.

  64. rizal says:

    carilah guru yang shumul…

  65. mQ says:

    assalam tuan..
    saya pernah terbaca mengenai ayat kaf 40 ini dalam salah satu kitab tok janggut dan ada sedikit perbezaan dalam baris huruf..apa kaf40 tuan ini sealiran dengan amalan tok janggut? sebab apa yang jelas dan apa yang saya ketahui hanya kaf40 sahaja

  66. abdurrahmanMassoud Al-Khusairi says:

    salam , kepada TUAN PUNYA BLOG , sebenarnya ini adalah ilmu para wali , para ahli Sufi , dan para ahli makrifat , sangat tinggi ilmu ini , memang rumit jika orang awam membaca untuk mengerti , dan sebenarnya ilmu ini untuk orang yang terpilih sahaja , dan untuk orang yang diberi kefahaman sahaja , ilmu ini memang digunakan oleh para para pejuang islam zaman dahulu kala
    sebenarnya juga ilmu ini adalah sangat bagus , cuma bagi orang yang menentang adalah terdiri dari orang yang tak faham ilmu , ada beribu2 lagi ilmu yang belum terbongkar , dan kepada pemilik blog ini harap bersabar , dan sememangnya ilmu macam ini tidak boleh disebarkan melalui laman blog kerana yang membacanya terdiri dari yang tahu, yang tak tahu , yang suka , yang tak suka dan yang penting sekali rahsia ini diketahui oleh musuh musuh islam , SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR.

  67. abdul aziz says:

    asslmu alaikum, ustad tdk ad yg ptut q ucapkn slain mnt izin untuk mengamalkn insha allah smg bermanfaat fiddunye wel aheroh amin? Namun bl anda berkenan sy mnta izin nama lengkap anda dan nama yg menurunkn pd anda dan nama yg menemukn pertama amalan ini? Krna terasa tdk lengkap bl hamba tdk mengetahui. Wlau cm alfatihah dan hususan yg lengkap, agar hamba dpt mengunakn tdk sembarangan, mhon blasanx? Wesslam

  68. yoga says:

    What’s up, after reading this amazing piece of writing i am as well delighted to share my familiarity
    here with friends.

  69. dila says:

    Minta izin tuan sebab saya nak mencuba dengan izin Allah sakit2 badan saya hilang

  70. nazmi says:

    Salam tuan mohon ijazahkan pd saya terima kasih tuan

  71. nazmi says:

    Salam tuan mohon ijazahkan ye terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s