Ayat 1000 dinar



Maksudnya ialah :

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar. MENURUT ulama termasuk ulama besar ilmu tafsir, ada banyak faedah dan fadilat yang diperoleh daripada amalan ayat seribu dinar iaitu baris terakhir ayat kedua dan bersambung dengan ayat ketiga daripada surah al-Talaq.

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir) Menyingkap khasiat dan kegunaan pelbagai surah dalam al-Quran, buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki hasil tulisan Nurhafiz Abdullah memberi tumpuan kepada hikayat yang dikaitkan dengan ayat seribu dinar.

Ini termasuk riwayat hartawan yang bermimpi didatangi lelaki meminta beliau bersedekah 1,000 dinar kepada fakir miskin dan kisah Malik bin Dinar yang dapat dibaca pada bahagian awal buku berkaitan ayat seribu dinar. Pada masa sama, buku setebal 162 halaman ini turut mendedahkan fadilat dan khasiat ayat surah al-Fatihah, al-Kursi, al-Qadr, al- Ikhlas dan beberapa surah lain supaya dapat diamalkan pembaca bagi menyelesaikan masalah dihadapi dalam kehidupan.

Begitu juga doa untuk kejayaan, keberkatan hidup serta murah rezeki yang dilampirkan dalam usaha mengajak manusia tabah menghadapi ujian yang didatangkan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bermohon kepada Allah. Ada 30 doa memohon pertolongan Allah disediakan dalam buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah.

Kandungan buku ini menekankan hal berkaitan fadilat dan khasiat beramal dengan ayat wahyu Allah dalam al-Quran serta hadis Rasulullah SAW sebagai jalan keluar bagi mereka yang berhadapan kesusahan selain ingin mencapai hajat untuk diri, keluarga serta orang lain.

Buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki adalah rujukan sumber ilmu yang bukan saja menjadi penawar malah, malah mendorong pembaca memperbanyakkan ibadat sunat dengan membaca ayat al-Quran seterusnya menjadikannya sebahagian amalan harian. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan, semoga usaha penulis menyampaikan maklumat kepada pembaca yang akan memanfaatkannya membawa kedua-duanya beroleh keredaan Allah serta rahmat dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Ayat 1000 dinar

  1. adibah says:

    niat yg baik dalam mengamalkan ayat seribu dinar ini insyaALLAH membawa kebaikan kepada diri,keluarga dan masyarakat..

  2. akang shaleh says:

    assallamualaikum?saya mau nanya mertua saya sudah 5tahun sakit kemasukan mahluk halus apa obatnya? Tolong kasih tahu. Terima_kasih

    • agus setiawan says:

      SAUDARA,…hendaklah anda baca AYAT-AYAT RUQYAH
      1.

      Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
      2.

      Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
      3.

      Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
      4.

      Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
      5.

      Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
      6.

      Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
      7.

      Surah Al-‘Imran ( ayat 18-19 )
      8.

      Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 )
      9.

      Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
      10.

      Surah Al-A’raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
      11.

      Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
      12.

      Kemudian baca ayat ini:-
      إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
       Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya

      13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
      14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )

  3. Iyna Lynazz says:

    Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah… Amalan Mustajab dan Murah Rezeki.. Ayat 1000 dinar. . . Syukran.

  4. liza says:

    mohon share:) tq

  5. Mohd Sofian Zainal says:

    assalammualaikum…ternyata berkesan setelah sya mmbaca nya setiap pagi d pejabat sya hari2..gaji saya d naikkn,bonus tahunan yg byk,dan d serapkn d jwtn tetap..sentiasala kita berdoa hari2 agar kita d ampunkn dosa2 kita dan juga dosa2 kedua2 ibu bapa kita..wassalam..

  6. Yon Tjahyono says:

    Ya mudah2 ayat tersebut menjadi pedoman

  7. maulana says:

    IJIN MENGAMALKAN

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s