Ayat Tujuh



Lazimkanlah zikrullah sebagai ubat dan penawar segalanya. Salah satu daripada zikrullah adalah membaca al-Quran. Dampingi dan hayati kalam kalam Allah yang Maha Agung pasti akan temui jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi.

Di bawah ini ada beberapa ayat yang dipetik daripada Al-Quran. Ulama-ulama dahulu menamakannya sebagai Ayat Tujuh. Mudah-mudahan dengan berpasakkan keyakinan terhadap Allah kita akan tabah menghadapi setiap ketentuanNya. bersamalah kita mengamalkannya
.
Ayat Tujuh

1. Katakanlah: Tiadalah akan menimpa kami selain daripada apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami dan hendaklah orang2 beriman itu menyerahkan segala urusan kepada Allah. At-Taubah:51

2. Dan jika Allah menimpakan kesusahan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Tuhan menghendaki kebaikan kepadamu, tidak ada yang dapat menghalangi kurnia Tuhan yang diberikannya kepada sesiapa yang disukaiNya dari hamba2Nya Yunus: 107

3. Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezkinya, dan Dia mengetahui kediamannya (bumi) dan tempat menyimpannya (alam kubur). Semuanya jelas termaktub di dalam Kitab yang terang. Hud: 6

4. Aku menyerahkan diriku kepada Allah, Tuhanku juga Tuhanmu. Tidak ada makhluk yang hidup melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurus (memberi pimpinan yang benar pada manusia) Hud: 56

5. Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezkinya sendiri! Allah yang memberi mereka rezki (termasuk kamu) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Ankabut: 60

6. Rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia tidak ada seorang pun yang akan dapat menahannya. Dan apa yang ditahan Allah tidak akan ada seorang pun yang dapat menganugerahkannya selain daripadaNya. Dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Fatir: 2

7. Sekiranya kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab : Allah! Katakanlah: Bagaimana fikiranmu terhadap apa yang kamu seru selain Allah; jika Allah hendak mendatangkan kepadaku kesusahan dapatkah pujaanmu itu menghilangkannya? Atau Allah mau memberikan kurnia kepadaku; dapatkah pujaanmu itu menolak rahmatNya? Katakanlah: Cukuplah Allah untukku! KepadaNyalah oarang2 yang menyerahkan diri dan urusan mereka itu berserah (dengan penuh keyakinan). Az-Zumar: 38

Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah.

Dianjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.
InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.

About these ads

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Ayat Tujuh

  1. sanyabdullah says:

    trimakasih atas ke ikhlasan hatinya tuk meruaikan doa ini semoga kami dapat mengamalkannya di jalan allah dan menambah ke imanan kita pada sang kholiq robbul jalil,Aamiin

  2. khairi says:

    salam…..mohon izin mengamalkan ayat ini.

  3. wawan sawahyu says:

    terimakasih atas kerelaannya menayangkan ayat tujuh ini, semoga menjadi ladang amal bagi Anda dan semoga kami dapat mengamalkannya di jalah Allah SWT serta menambah keimanan kita semua,Amin…

  4. bambang says:

    mohon izinnya untuk memberikan ayat ini pada abang ipar saya yg sedang sakit

  5. suriati says:

    Terima kasih banyak2, sebenarnya saya ada amalkan ayat ini melalui kitab Majmuk Saref, dengan adanya olahan di atas, saya lebih meyakinkannya sebab saya tahu dari ayat Quran yang mana, semoga Allah memberkati tuan/puan yang sudi berkongsi dan pahala dunia khirat,

  6. enda says:

    nuhun kang manfaat pisan ayat ayat na

  7. badarudin bin dardi ali says:

    mohon di izinkan mengamal kan nya guru

  8. jihad dijalannya.. says:

    mohon keizinan dan ijazah untuk mengamalkan ayat ini…

  9. razman says:

    mohon izin utk amal untuk diri dan keluarga….

  10. Ayah K2 says:

    Jazakumulluah khairan katsirah atas ikhlasnya untuk berbagi Ayat 5 dan Ayat 7.

  11. Bustami Nasrun says:

    Assalamu,alaikum wr.wb, Bismillahirrahmannirrahim, Pakcikli saye mohon izin dan diikhlaskan meng-copy beberape ayat yang Insya Allah ingin saye amalkan setiap selepas sembayang 5 waktu diantaranya Ayat 7 dan Ayat 15. Dan ade beberape ayat lagi yang akan saye copy yang sangat saye perlukan. Atas segala perizinan dan kelikhlasan Pakcikli, saya mengucapkan banyak terime kasih. Insya Allah segale amal Pakcikli mendapat pahala yang berlimpah dari Allah SWT. Amin. Salam kenal dari saye : Bustami Nasrun

  12. aku says:

    terima kasih. disaat saya didalam kesedihan kerana masalah yang bertimpa2 seolah-olah tiada penghujungnya ayat 7 ini dapat memenangkan hati saya.

  13. tanya says:

    knp perlu minta izin?

  14. sony laden says:

    thx..dulu saya sudah diijazahi tp. lupa, ini mau saya teruskan kembali thx mbah…

  15. pakcik saya minta ijin untuk mengamalkan ayat tersebut di atas untuk keperluan saya dankeluarga saya trima kasih

  16. Mohd Said says:

    mohon untuk di amalkan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s