Ayat Lima







Penjelasan :

Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran:

Ayat pertama: Surah Al-Baqarah ayat 246.

Ayat kedua : Surah Ali-Imran ayat 181

Ayat ketiga: Surah An-Nisaa ayat 77.

Ayat keempat: Surah Al-Maidah ayat 27.

Ayat kelima : Surah Ar-Rad ayat 16.

Setiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf QAF (kaf besar), sebab itulah ayat lima ini boleh juga disebut dengan Ayat Lima Puluh QAF.

Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca ayat lima ini baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan ALLAH S.W.T.

Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa bila ayat lima ditulis di dalam bejana, kemudian diisi air dan airnya diminum pada hari jumaat, maka ALLAH akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hidayah, keyakinan dan kasih sayang.

Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh ALLAH S.W.T dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka ALLAH akan memecah-belahkan kekuatan musuh.

Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya dan tipu dayanya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin serta syaitan.

Salman Al-Farsi r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadaku ayat lima kemudian beliau berkata: siapa yang membaca dan mengamalkannya, ALLAH S.W.T akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendaki. (keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais)

About these ads

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Ayat Lima

  1. pencinta ilmu tuhan says:

    salam,mcamana cara utk mengamalkannya,………..

  2. jose says:

    Pha kah bsa juga untuk segala penyakitt.!?

  3. dark lord says:

    khodam ayat lima

  4. Ayah K2 says:

    Jazakumulluah khairan katsirah atas ikhlasnya untuk berbagi Ayat 5 dan Ayat 7.

  5. mega kristal says:

    kalau kite amalkan ayat ini pgi n petg..kte akan trlindung dri fitnah…pnykit dri mnusia yg zalim…klau brniage akan jdi pelaris…

  6. ep says:

    klau x slp ada sdkt kslhn pada ayat 27 surah maidah.. cuba tgk smula fatuqubbala min ke fatuqubbila min…

  7. amizan aziz says:

    Salam tuan, saya amat berminat utk belajar membaca ayat lima ini. Bolehkah tuan mengajar pada sy? Terimakasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s