Ayat Empat



1. Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [يا ذا الجلال والإكرام] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.

2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.

3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari aal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah. 4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.

5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.

Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.

Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang dilarang (haram).

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.

Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta’ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.

Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.

Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.

Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.

Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa” 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar. Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, ” Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa”. Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).

Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api. Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.

Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.

Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

66 Responses to Ayat Empat

  1. pakcikli00 berkata:

    Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan ALLAH. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?. Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan ALLAH, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
    (ALLAH yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki)

    Sesungguhnya ALLAH telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya ALLAH miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (ALLAH) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar.
    (ALLAH Yang Maha Kuat tidak memerlukan sesiapapun untuk menolong)

    Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) ALLAH atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada ALLAH dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.
    (ALLAH Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang berdosa)

    Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada ALLAH). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya ALLAH menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
    (ALLAH Maha Suci menunjukkan kepada orang yang dikehendaki)

    Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “ALLAH”. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari ALLAH sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi ALLAH itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: ALLAH jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
    (ALLAH Maha terus menerus menguruskan makhluk-Nya, yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki, rezeki kekuatan)

    Penjelasan :

    Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran:
    Ayat pertama: Surah Al-Baqarah ayat 246.
    Ayat kedua : Surah Ali-Imran ayat 181
    Ayat ketiga: Surah An-Nisaa ayat 77.
    Ayat keempat: Surah Al-Maidah ayat 27.
    Ayat kelima : Surah Ar-Rad ayat 16.

    • Muhammad Johari berkata:

      Nama saya Muhammad Bin Johari. Saya mohon diizinkan tuan yang sudi mengizinkan Ijazahkan ayat 4 kepada saya. Sekian Terima Kasih.

      • zahidnajib berkata:

        guru ayat 4..cari..USTAZ HAMZAH.KG .PADANG KALA.PERINGAT.JLN PASIR PUTIH.KELANTAN

      • Mazalan Ab.Rahman berkata:

        Aslmkm.Saya Mazlan Ab.Rahman,Taman Tangkak Jaya,Ledang,Johor.Jika berhajat jemput datang kerumah.buat appointment dulu.Messej saya 0105393288.InsyaAllah.

      • mamat berkata:

        zahidnajib, no phone ustaz hamzah kg pdg kala ada? pls send to me – 0199108442.

  2. hakim berkata:

    Sy mohon ijazah…

  3. hakim berkata:

    Sy mohon ijazah?

  4. zainudin berkata:

    saya mohon ijazah

  5. orait berkata:

    salam…
    saya mohon ijazah

  6. wiex berkata:

    mohon ijazah dan pengamalannya gmn?

  7. muhamad berkata:

    saya mohon untuk mengamalkan ayat ini

  8. hafis berkata:

    saya mohon diijazahkan…bleh kite berjumpa….??

  9. muhamad berkata:

    ASSALAMUALAIKUM,,
    NAMA SAYA MUHAMAD, MACAM MANA CARA UNTUK SAYA PELAJARI AYAT EMPAT NI..
    APA YANG SAYA PERLU BUAT?? BOLEH TUAN AJARKAN SAYA

    H/P 0199700690

  10. ahmad zuhdi bin ramali berkata:

    assalamualaikum pakcikli…boleh saya tahu alamat pakcikli utk berhubung..krana saya berhajat untuk menuntut beberapa amalan dripada pakcik…

  11. amri berkata:

    izinkan saya mengamalkan ayat ini..

  12. ibrahim_putih berkata:

    Assalammualaikum saudara pengarang..
    Sy telah mula mengamalkan Ayat Empat-Ilmu Berperang ini beserta Ilmu Seni Paradin/Paladin pada tahun 1995-1999 dengan seorang guru. Tetapi bkn itu maksud saya, cuma ingin memperkenalkan diri..
    Maafkan saya, pada hemat saya Ayat Empat yg saudara post disini agak sedikit berbeza dgn amalan saya. Terutama pada cara mengamalkannya. Bolehkah saudara berkongsi dgn saya cara yang lebih jelas? Terima Kasih.

    • warisilat berkata:

      adakah seni paladin yg saudara maksudkan ni seni kebatinan bambu rencong??siapa gurunya?- mencari yang nyata dalam hilang-

    • amat berkata:

      Amalan ayat empat ini sebenarnya dibawa oleh Kiyai Panglima Haji Salleh sewaktu menentang musuh di batu pahat dulu..

  13. musang berkata:

    Salam, saya pernah belajar amalan ayat empat ini dari anak murid Kiyai Salleh iaitu Ibrahim Puteh di Melaka, setelah itu mempelajari pula amalan bambu runcing atau Peradin dengan Wak Sapar di Johor. Sekarang saya mempelajari pula amalan abjad daripada Ustaz Haji Ahmad Che Din. Alhamdulillah. Di dalam abjad ada latihan Jabat 14, jabat penimbul, jabat besi, amalan2 kerohanian yang mempunyai salah silah yang jelas hingga ke Rasulallah SAW.

  14. man berkata:

    salam…saya mohon untuk berjumpa dengan pakcikli00…kalau pakcikli tidak keberatan…

  15. man berkata:

    salam….saya mohon ijazah dan sy mohon untuk mengamalkan ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang ada disini…

  16. al-manfaluti berkata:

    Salam semua, memang bentuk @ cqrq amalan banyak dan berbeza-beza, tak apa cara amal berbeza asalkan matlamatnya sama iaitu untuk mencari redha Allah. Yang saya tahu ada lima kaifiat amal ayat empat ini

  17. panglima berkata:

    sya mohon ijazah dan sya mohon mengamalknnya

  18. ganjil…ilmu itu seakan untuk dipelajari…cuma kenapa tidak secara langsung kerana itu adalah adalah amalan benar….ilmu yang dipelajari tanpa mengenali siapa gurunya sama ertinya mengambil wang ATM tetapi tidak tahu samaada duit itu duit halal atau duit haram…

  19. egor_one24@yahoo.com berkata:

    SAYA MOHON MENGAMALKAN AYATNI
    MOHON IZIN

  20. aliaze berkata:

    Pakcikli, boleh saya buat amalan apa yang terdapat dalam blog pakcikli ni. Justeru saya mohon ijzah drpd pakckili. Terima kasih

  21. Temonet berkata:

    Hamba mohon utk mengamalkan nya

  22. amat berkata:

    ayat 4 ini hanya mereka yang telah diiktirafkn sahaja yg boleh mengijazahknnya.. tidak boleh diijazahkan oleh sebarangan orang.. takut tersilap beramal..

    • orang biasa berkata:

      Dimanakah dapat hamba temui orang yang dapat mengijazahkan ayat 4 ini? Mohon bantuan sahabat semua…

      • amat berkata:

        ayat 4 ini byak diamalkan oleh tentera selempang merah sejak dr dulu lg.. skrg ini amat sukar utk mencari orang yg benar2 boleh mengijazahkan ayat 4 ini.. sekiranya berminat, emel kt sy di one5303@gmail.com utk keterangan lanjut.. ayat 4 ini telah dibawa oleh tentera Kiyai Salleh, dan guru saya telah diberi tauliah utk ijazahkan ayat 4 ini melalui anak sulung kiyai salleh sendiri.. 🙂 insyaallah, saudara emelkn sahaja kpd sy..

  23. irfan ham berkata:

    Assalam….wrh…brkth…
    Mohon izinkn aku Amaliiin ea…..???

  24. hazmi berkata:

    minta izin mengamalkan ayat ini

  25. mohammed zulkifli razi berkata:

    saya mohon di ijazahkan..gaimana dapat ijazahnya..

  26. assalammualaikum ya tuan sya yg ikhlas ingin megamalkan ayat empat ini boleh kah tuan,saya mohd sabri bin mohd sharab…..

  27. mohd nadzri bin abu hassan saari berkata:

    salam…mohon download ayat tersebut sbg pelindung diri…

  28. kamaruzaman berkata:

    asalamualaikum

    Mohon izin untk mengamalkannya.

  29. munir berkata:

    asalamualaikum

    Mohon izin untk mengamalkannya………….

  30. Husine Shahar berkata:

    Assalamualaikum tuan. Saya mohon izin untuk mengamalkannya.

  31. aid berkata:

    Salam sy brharab bila islam @ melayu ditindas, geng2 nie lah yg muncul….seperti pd zaman kiyai salleh…

  32. rosbi muar berkata:

    Aslmkum….mohon izin untuk beramal,dan boleh ke saya menuntut belajar dgn tuan guru…

  33. hali berkata:

    geng selendang merah ..kelantan ada dimerata tempat mereka tk akan timbul ..kalau tk ada air ..macam sabut..kalau nak belajar kena sediakan tempat ..simpan. kat mana nk letak .kat akal..kat ruh.atau kat nafsu..apapun…apapun kalau niat nk belajar akan ada gurunya.

  34. اميرالله berkata:

    وأعدّو ماستطعتم من قوّة

  35. walid berkata:

    Assalamualaikum….mohon izin mengamalkan wirid ini

  36. M. Hisyam berkata:

    Assalamualaikum….saya mohon diijazahkan dan saya mohon untuk mengamalkan ilmu ini..

  37. Mohamad Zulfazdli Zairuddin berkata:

    As salam..Saya mohon di ijazahkan dan mengamalkan ayat ini..terima kasih

  38. eli berkata:

    Assalamualaikum mohon diijazah , dan saya ingin bertanya ada tak guru di penang ? Saya brminat sgt untuk mendalaminya .

  39. eli berkata:

    Jika ada mintak prtlngn hubungi saya di 0175942421 ,

  40. Amad (tuk din harimau darat) berkata:

    Yg ada ayat akhir dalam selempang merah nie betol ke?? ‘Laa tata ha rokhu zoru tum illa bi iznillah salamun qaulam mirabbir rahimm. Fasayakhfi khokhu mullah hu hua samiul ALIM!! .. minta pendapat??

  41. JAKA berkata:

    dikala darurat dulu, disebarkan kpd org ramai amalan ayat 4 dalam bentuk risalah kertas saiz A4 ke masjid2. amalan dlm risalah itu adalah ayat 4 yg ringkas . 33x 33x 33x dan 100x. mungkin ia sesuai utk amalan umum ketika darurat. kanak2 baligh pun blh mengamalkan ketika terdesak itu.

    secara tidak langsung ia mcm ijazah juga ketika darurat. masih ada fotostat risalah itu dlm simpanan saya. tidak berniat menyebarkannya. hanya simpanan sejarah.

  42. Hamba Allah berkata:

    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

    “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Al-Isra’:82)
    Ayat Qur’an akan menyebabkan hati orang yang takutkan Allah menjadi lembut dan tenang (dalam keadaan rehat) serta kulit mereka menjadi lembut setelah kulit mereka berasa seram kerana takutkan Allah, bukannya menyebabkan mereka kepanasan dan menjadi mengamuk.

    Allah berfirman:
    اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ –

    Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain yang berulang-ulang yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. (Az-Zumar:23)

    Berikut pula penerangan Dr. Mahyuddin Ismail:

    “Syeikh Mutawalli Sya’rawi seterusnya berkata, sekiranya ayat-ayat Al Quran dibaca sebagai jampi oleh seseorang yang zalim, fasik atau munafik, maka ia tidak akan mendatangkan manfaat tetapi membawa kemudaratan. Sekiranya pengamal ayat-ayat ini mempunyai iman yang lemah, lama-kelamaan dia akan terpedaya oleh tipuan syaitan sehingga timbul keyakinan bahawa ayat itu yang berkuasa. Secara tidak langsung, dia telah melakukan perbuatan syirik. Apabila keadaan ini berlaku, syaitan dan jin yang jahat akan mengambil kesempatan dengan mendakwa mereka adalah khadam atau malaikat yang menjaga ayat tersebut.”

    “Allah menegaskan bahwa sesiapa yang berpaling dari intipati dan pengajaran sebenar dari ayat yang diturunkan, maka Allah akan jadikan syaitan sebagai qarin (pendamping) yang akan menyesatkannya dari jalan yang sebenar. FirmanNya dalam surah Az Zukhruf ayat 36-37: ”Dan sesiapa yang tidak mempedulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

    Ibnu Qayyim Al Jauzi dalam tafsirnya, juzu 1, halaman 490 menyatakan bahawa Al Quran adalah jalan bagi hati seseorang mendapat ketenangan. Justeru, sesiapa yang berpaling dari ajaran sebenar Al Quran atau menggunakan ayat Al Quran dari tujuan asal ia diturunkan, maka Allah akan jadikan baginya seekor syaitan yang menjadi Qarin. Qarin inilah yang akan berkhidmat kepada pengamalnya. Lalu timbul tanggapan bahawa malaikat yang menjaga ayat tersebut telah menjadi penolongnya. Inilah tipudaya dalam amalan-amalan kebatinan seperti ilmu ghaib, ilmu kebal, ilmu khadam ayat dan seumpamanya.”

    Artikel penuh: http://mahyuddin09.blogspot.com/2012/03/artikel-bulan-april-2012-khadam-ayat.html

  43. faresh berkata:

    Salam…mintak izin nk amalkan ilmu yg ada dalam blog ni…terima kasih…

  44. s.a.rahman berkata:

    Salam..minta diamalkan ayat ini.mohon ijazahnya

  45. Mohammad samsul bin maruan berkata:

    Saya minta izin mengamalkan perkongsian dibawah..terima kasih

  46. Roszaidi Bin Abdan berkata:

    Assalamualaikum saya mohon di ijazahkan dan mengamalkan ayat ini .Terima Kasih

  47. Saad berkata:

    cuba tgk dan cari dalam page Facebook ” Gerakan Selempang Merah Malaysia- PSSKSM”

  48. mohd aizat berkata:

    Mohon utk ijazah ayat4 dan mengamalkannya

  49. En wan berkata:

    Pusat rawatan Islam sinar harapan,
    Bertempat Tanjong karang Selangor,
    Rawatan penyakit.
    Sukar mendapat jodoh,
    Sukar mendapat anak,
    Sukar mendapat kerja,
    Sukar mendapat rezeki,
    Sihir santau,busung kami berpengalaman membuangnya,
    Patah 1,3,5,7,ataupun relai izin Allah baik,
    Strok atau pun lumpuh.
    Dan sebagai mengikut hajat.
    En Wan.
    0143817226

  50. daud berkata:

    cari di facebook nama ini jabat
    haq

  51. Nik Shaharin berkata:

    salam mintak izin utnuk diamalkan ayat 4 ini…

  52. Mohd Hardi Miswan berkata:

    As salam..Saya mohon di ijazahkan dan mengamalkan ayat ini..terima kasih

  53. Azan berkata:

    sya mohon ijazah dan sya mohon mengamalknnya

Tinggalkan Jawapan kepada irfan ham Batal balasan